Wasodiah (keserdehanaan)

BERANI itu ANTARA bodoh dan pengecut

Jikalau terlalu berani, kita bodoh kerana memberi peluang kepada perasaan riak untuk berpaut, bertindak melulu tampa berfikir masak-masak, meninggalkan rakan-rakan di belakang, mempedulikan risiko dan mudharat kepada diri, membuka fitnah dan ruang untuk dibenci...

Jikalau langsung tidak berani, kita pengecut kerana tidak memanfaatkan peluang yang ada, membebankan orang sekeliling, kurang pendirian, melambatkan kemajuan dan sentiasa mengharapkan bantuan...

BAIK itu ANTARA lemah dan angkuh

Jikalau terlalu baik, kita lemah kerana mudah diambil kesempatan, selalu dibuli, memikul beban yang tidak perlu, mengabaikan pretasi kerja dan ulangkaji

Jikalau langsung tidak baik, kita angkuh kerana mempedulikan yang kurang bernasib baik, membiarkan hasad dengki berkuasa, salah-menyalahi, yang susah mula mempersoalankan takdir Illahi

BIJAK itu ANTARA lekeh dan terbiar

Jikalau terlalu bijak, kita lekeh kerana menganggup segala urusan remeh, kerja dilakukan selambat yang terdaya, kerja kumpulan tiada kerjasama, dan yang kurang dipandang serong semata-mata

Jikalau langsung tidak bijak, kita terbiar kerana masa dibuang begitu saja, matlamat hidup sesat selalu, tanggungjawab terabai, masa depan gelap gelita, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Dan ujian terbesar adalah ikhlas, ikhlas dalam berserdehana...
Tiada lebih, tiada kurang
Kerana sederhana jalan hidup sempurna

Maaf, aku perlu bersuara

I want the best for my friends
Im not a lone doctor
What fun would it be if im just the only smiling at the end of day?

We say we care for each other
And share feelings together
But when it seems we desperately need something
Others are left behind
Can we not be selfish?

X banyak yang ingin aku sampaikan hari
Cuma aku rasa sedih atas apa yang sudah berlaku hari ini
Aku minta maaf kalau penulisan aku kali ini, dapat menyinggung sesetengah pihak
Tapi percayalah, niatku hanyalah kepada kebaikan setiap individu
Aku sentiasa menerima apa saja kritikan

Sudah semestinya, dalam satu kumpulan pelajar itu....
Ada yg pandai, dan ada yang kurang
Ada yang berkeyakinan, dan ada yang merendah diri
Setiap individu punya kelemahan
kerana setiap hamba ALLAH itu tidak dilahirkan dengan sempurna
Supaya kita bersyukur, dan sentiasa munasabah diri

Aku faham, situasi tertentu, kita merasakan perlu untuk dikejar
Tapi apalah maknanya perlumbaan itu jika kawan terpaksa diabaikan
Biarlah semua berjaya....
Semuanya diberikan peluang....
Sanggup kita melihat seorang kawan itu terumbang ambing ditenggelam kegagalan?

Jikalau punya yang lebih, lapangkan dada berkongsi
Supaya sama-sama dapat mengatasi kelemahan, dan sama-sama menjadi lebih sempurna
Jangan kita takut atas kekurangan
Kerana kawan sentiasa bersama
Indahnya persahabatan itu, jikalau mereka saling bantu-membantu
Kerana kejayaan itu hanya manis pabila dikongsi

Peringatan kepada kita, terutaman aku sendiri
Jangan sesekali kita pentingkan diri

Melihat Pada Kaca Pemantul Wajah

Setiap orang inginkan tarikan
Kaum adam dengan gaya rambut aneka rupa
Kaum hawa dengan make up pelbagai warna
Ingin dilihat dan dihayati, dikenali dan dipandang tinggi
Itu manusia..........

Rupa itu milik Allah
Pada setiap rupa yang dianugerahkan, ada kisah yang tersirat
memang rupa yang kacak, rupa yang cantik, boleh dijadikan satu kelebihan
Tapi pernahkah kita terfikir bahawa rupa itu diberi untuk menguji
Sejauh mana kita bersyukur pada nikmat
Sejauh mana kita kuat menghindar maksiat

Tidakkah orang yang mempunyai rupa cendurung kepada perasaan riak
Riak kerana sentiasa mendapat perhatian orang
Riak kerana sentiasa diberi pandangan kaum bertentangan
Riak kerana ramai orang yang ingin berkawan

Sentiasa terdedah kepada pergaulan bebas
Bila sudah berjumpa dengan orang yang salah
Surat-surat cinta mula berterbangan
Dan ayat-ayat cinta mula tersusun
Mereka tidak mahu terlibat
Tetapi pabila telah diberi pilihan yang banyak, diminati orang yang kaya, popular, juga berupa, iman siapa yang tidak tergoncang?

Walau sudah berumah tangga, mata-mata liar tetap mengejar
Dan hubungan suami isteri penuh syak wasangka buruk
Ditemani putik-putik cemburu
Rapuh digegar godaan
Lalu robohnya semula sebuah lagi masjid

Mudah sungguh mereka menjadi playboy
Ramai sungguh bekerja sambilan sebagai playgirl
Tidak tahu disayangi atas diri sendiri, atau sekadar manis dilihat semata-mata
Berpotensi tinggi diabaikan, bila rupa sudah kehilangan

Segalanya jelas
Tapi masih terlalu ramai yang mengejar
mengikat perut untuk kurus
Menghindar sinaran untuk tidak hitam
Menghabiskan masa berjam-jam untuk penampilan sebelum keluar

Mengapa ingin menjadi lebih tampan?
Mengapa perlu lebih cantik?
Sedangkan rupa asal, rupa terbaik
Rupa di dunia manakan kekal
Rupa hakiki di akhirat nanti
Cukuplah sekadar nampak kemas
Istimewa dalam diri

Kaca pemantul wajah adalah cermin
Apa yang ada dalam cermin?
Kosong......... Nothing............