Izinkan Abang Nikah Satu Lagi..,

Ok la, atas permintaan ramai, kisah ni dipostkan semula.. Ramai pulak yang bertanya kenapa delete post ni sbelum ni kat kuliah tadi.. pelik saya.. Kisah yg saya kongsi daripada seorang sahabat sekolah rendah (copy/paste).. Kita baca dan ambil pengajaran yang ada.. Harap janganlah anggap yang bukan-bukan tentang saya.. belum bersedia lagi dengan perkara-perkara sebegini :(.. Sekadar berkongsi.. Selamat membaca :)

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi..,
Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
.

Kehilangan

Lama dah tinggalkan kerja-kerja menulis cerpen... Tiba-tiba terasa nak mula balik... Xtau, mungkin sebab terlalu sibuk dengan medik, kelas-kelas, dan kerja-kerja luar, terasa bagai menulis tu memberi ketenangan... Xtau gak macammana boleh dapat masa... Harap dapat memberi kesan kepada pembaca-pembaca :)
Komen sentiasa dialu-alukan untuk memperbaiki tulisan...

BAHAGIAN 1
Dr Atif : Bagaimana pembedahan cancer otak yang dijalankan ke atas Ahmad Danial doktor Farid?

Dr Farid menggelengkan kepala. Sedikit kerutan kelihatan pada dahinya. Raut wajah yang terpampar sedikit kepenatan setelah baru sahaja selesai menjalankan pembedahan. Dia memandang tepat ke arah wajah sahabat karibnya Dr Atif.

Dr Farid : Tak berjaya. Pertumbuhan terletak jauh ke dalam grey matter. Terlalu sukar nak dicapai. Dan pertumbuhan dah merebak ke bahagian-bahagian lain.

Dr Atif : Inisiatif lain? radiotherapy? chemotherapy?

Dr Farid : Dah apply. Tapi hasilnya tetap sama.

Dr Atif : Xpela doktor. Ajal maut di tangan Tuhan.

Dr Farid : Betul. Bila ajal sudah memanggil. Segalanya suratan.

Dr Farid berjalan laju sepanjang koridor tingkat 5 Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Tingkat di mana kesemua pesakit-pesakit otak dan tunjang saraf ditempatkan. Ingin cepat ke kafeteria tingkat bawah mencari sedikit makanan untuk mengisi perut yang lama terbiar kosong. Badannya keletihan. Matanya kuyu menyarankan diri memerlukan rehat. Gara-gara tumpuan yang kian berkurangan, tiba-tiba dia terlanggar sekujur tubuh seseorang . Badannya rebah ke lantai. Begitu juga dengan lelaki tadi yang sudah terduduk memegang punggung tanda kesakitan. Darah Dr Farid mengalir deras. Seoalah-olah didatangi satu perasaan marah yang tidak dapat dibendung lagi.

Dr Farid : Kamu tak nampak ke mana kamu berjalan?? Saya penat ni!!

Ditenungnya insan tersebut. Kelihatan lelaki yang berumur dalam linkungan 50-an. Mengenakan pakaian tukang bersih warna biru yang terlekat padanya kesan-kesan kotoran.

Lelaki tua : Maaf Doktor!! Maaf.. Saya tak perasaan kehadiran Doktor di depan saya tadi!!

Lelaki tersebut bangun lalu menghulurkan tangan tanda maaf. Namun tangan itu tidak bersambut. Bangkit pula Dr Farid.

Dr Farid : Lain kali tengok. Kamu dah la cleaner. Penat mana sangat. Saya ni lagi penat. Dah, saya nak ke kafe…

Dr Farid sudah berjalan ke hadapan. Langkahnya masih laju. Tetapi terhenti tatkala namanya dipanggil.

Lelaki tua : Dr Farid! Dr Farid! tunggu dulu!!

Dr Farid : Ya… Apa diaaaa lagi…..??? Kan saya dah maafkan kamuuuu…..
Dia tertoleh dengan nada mencebik…..

Lelaki tua : Dr Farid. Bagaimana dengan permbedahan Ahmad Danial yang doctor uruskan?

Dr Farid : Dah ajalnya pak cik.. Saya nak wat macammana……….. Ubat apapun klau dah ajal, ajal jugak... Bagaimana pak cik tahu yang pembedahan itu saya lakukan?

Persoalan yang tidak terjawab. Sebaik sahaja mendengar berita tersebut, lelaki itupun memalingkan badan. Tampa suara. Dia berlalu pergi. Dibiarkan Dr Farid kaku tertanya-tanya. Perasaan yang bercampur aduk. Hairan, marah, bersalah. Adapun semua itu wujud, yang paling dominasinya hanyalah kepenatan. Maka dia pun meneruskan langkah.

BAHAGIAN 2
Jam di dinding kafeteria menunjukkan pukul 1.30pagi.. Selesai menjamah sepinggan nasi besertakan lauk ayam merah dan sayur, Dr Farid mendirikan solat isya’ di surau hospital. Ruangan surau begitu sepi. Fikirannya masih melayang memikirkan situasi sebentar tadi bersama lelaki tua itu. Namun digahkan juga diri melahirkan rasa khusyuk pada Ilahi. Selesai zikir dan doa, dia pun bergerak ke perkarangan tempat letak kereta. Ternyata satu kawasan yang sunyi dengan beberapa buah kereta sahaja. Dr Farid menghampiri kereta Ford Harrier miliknya yang gah terpacak disebelahan sebuah taman permainan. Sebelum sempat dia membuka pintu kenderaan, terdengar satu suara tersedu-sedu menahan esak. Suara separuh meraung.

“ Ya Allah, kau tabahkanlah hati ini Ya Allah!!!! Aku sudah tiada siapa Ya Allah. Selain Rahmat dan RahimMu yang dapat membuatku tenang!!!!!!”

Sayu kedengaran. Dr Farid mengalihkan pandangan ke arah sumber suara. Ternampak akan sebuah tubuh yang tersandar lemah di atas bangku taman. Hatinya tersentuh. Lalu dia pun melangkah mendekatkan diri dengan tubuh tersebut. Setelah melabuhkan punggung bersebelahan dengannya, sedikit terkejut dia melihat lelaki yang sama melanggarnnya sebentar tadi. Namun hatinya kekal tenang.

Dr Farid : Assalammualaikum..

Lelaki tersebut tersentak. Beserta perasaan berbaur haru-biru, dia membalas salam

Lelaki tua : Waalaikumsalam doktor….. Doktor tak balik lagi?

Dr Farid : Baru nak masuk kereta. Ternampak pak cik…

Kaku sebentar kedua insan itu. Tiada ditegur sesama sendiri. Sehinggalah Dr Farid memecah kebisuan.

Dr farid : Ahmad Danial.. Seorang remaja yang berusia 16 tahun. Di hantar ke sini lebih kurang sebulan yang lepas. Dilaporkan mengalami sakit cancer otak. Tidak diketahui siapa yang menghantarnya. Maklumat yang kami dapat daripada arwah sendiri, yang emaknya Faizah sudah meninggal. Bapanya Roslan bekerja di luar Negara. Tidak pulang setelah 7 tahun. Tiada adik-beradik lain.

Situasi kembali senyap. Dr Farid mengharapkan respon tapi ternyata hampa. Lalu menyambung kata.

Dr Farid : Kami juga mendapat maklumat yang Ahmad Danial hidup bersendirian selepas kematian emaknya. Tinggal dalam rumah peninggalan arwah dengan pendapatan yang tidak diketahui sumber.. Tidak bersekolah. Diberitahu pada kami setiap minggu dia diberikan duit yang banyak dalam sampul surat yang diletakkan dalam peti pos rumah. Dan daripada kajian makmal kami, cancernya berpunca daripada amalannya mengambil dadah.

Lelaki tua itu tetap tidak bersuara. Dr Farid meneruskan perbualan.

Dr Farid : Salahkah klau saya katakan yang nama pak cik adalah Roslan?
Tersentak lelaki itu dengan kata-kata Dr Farid. Gelisah bersama ekspresi muka yang tidak dapat disembunyikan. Dr Farid hanya tersenyum. Dengan penuh tenang dengan senyuman.

Dr Farid : Bertenanglah pak cik. InsyaAllah, tiada apa perlu dirisaukan. Ceritalah dengan saya . Saya janji akan simpan semua rahsia pak cik. Saya minta maaf sebab terkasar bahasa dengan pak cik sebentar tadi. Pak cik boleh saman saya klau nak. Memang jauh tersasar daripada sifat professionalisme yang sepatutnya diamalkan oleh seorang doktor. Saya minta maaf sebab membiarkan perasaan penat dan marah menguasai diri saya..

Lelaki tersebut tetap juga tidak membalas. Keadaan diam semula. Dr Farid memberikan ruang bagi lelaki itu bersuara.

Dr Farid : Pada pandangan saya, mungkin sebab kenapa pak cik nak bekerja sebagai tukang bersih kat sini adalah mungkin sebab pak cik nak melihat perkembangan anak pak cik sendiri. Walaupun sebenarnya pak cik seorang yang kaya. X hairanlah kenapa Arwah dapat memperolehi sumber kewangan yg banyak.. Mungkin ada sebab kenapa pak cik terpisah dengan Arwah Ahmad Danial dan Puan Faezah.

Kata-katanya diselangi sebuah senyuman

Dr Farid : Cuma, kenapa pak cik x berjumpa dengannya.. Dan membesarkannya sendiri selepas emaknya meninggal?

Bahagian 3
Roslan : Sebab aku malu doktor… Aku malu sebab aku mengabaikannya.. Aku malu sebab aku kerap kali memukul emaknya! Aku malu sebab aku selalu menenkingnya walaupun aku tahu dia masih lagi seorang kanak-kanak, dan masih belum tahu apa-apa! Aku malu aku tidak pernah membelainya dan menjaganya dengan kasih sayang! Dan aku malu sebab aku meninggalkannya bersama arwah isteriku tampa sebarang nafkah. Dan isteriku waktu itu bersusah payah mencari rezeki yang halal untuk menyara hidup berdua. Aku pula tetap dengan duniaku.. Dunia hiburan tampa batas… Aku malu Ya Allah!! Aku malu……. Bagaimana dengan perasaan anakku bila berjumpa dengan aku??? Apakah dia tetap mahu berjumpa denganku???

Suara Roslan sudah mula melambung tinggi. Namun Dr farid tetap tenang dan menjawab dengan mesra.

Dr Farid : Sesungguhnya, tiadalah benda lain yang boleh menggembirakan seorang anak selain daripada kehadiran ibu bapanya. Seteruk mana dia dilayan, mahupun seteruk mana dia dipikul dan dipinggirkan, sekurang-kurangnya dia masih ada rumah untuk dia pulang. Dan yang lebih penting, dia masih ada insan-insan yang boleh dipanggil abah dan mak.. Barang-kali, sebab dia mengambil dadah adalah kerana dia terseksa dengan kesunyiannnya.

Terdengar akan kata-kata itu Roslan sudah mula berada dalam tangisan. Diri yang dibebani segala penyesalan.

Roslan : Ya Allah… Apa yang aku dah lakukan. Dosa demi dosa Ya Allah. Akukah punca kematian anakku!!

Dr Farid : Jangan kata begitu pak cik. Saya x pernah pun menyalahkan pak cik atas pemergian arwah. Segalanya takdir.

Roslan : Apa yang boleh saya buat sekarang doktor? Bagitau saya apa yang boleh saya buat!!

Dr Farid : Sabar. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun.DIA mendengar rintihan hamba-hambaNya yang datang dengan hati yang ikhlas mengakui kelemahan diri. Tiada dosa selain syirik yang tidak dapat diampunkan. Jadi berdoalah… Sesungguhnya doa itu senjata muslim. Suarakan hati bertaubat, Bukalah hati berbuat kebaikan, dan ikhlaskan hati mencari keimanan. Allah tidak membebankan seorang hamba melainkan dia mampu. Dan doalah keluarga pak cik, Ahmad Danial ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. Moga dia gembira dia sana.

Roslan : Ya Allah, sesungguhnya hati ini kosong Ya Allah, hati ini lemah Ya Allah!!! Bimbinglah aku ke jalan yang benar…

Dr Farid : InsyaAllah pak cik.. Allah sentiasa mengetahui segala apa yang dirasakan oleh hambanya..

Senyumannya tidak pernah lekang dari wajah. Seolah-olah melambangkan satu hidup baru. Hari yang baru. Menanam keinsafan dan semangat kepada Roslan untuk berubah.

Dr Farid : Sudahlah, jangan terlalu ditangisi orang yang telah pergi. Takut-takut seolah-olah kita tidak menerima ketentuan Allah. Kuatkan semangat pak cik.Walau semalam sudah lepas.. Dan hari esok belum tentu… Kita ada hari ini.. Dan hari ini adalah anugerah untuk kita manfaatkan…

Roslan : Erm.. Baik… Terima Kasih banyak-banyak doktor.

Dr Farid : Sama-sama..

Tetap tersenyum

Dr Farid : Saya minta diri dulu… Dah lewat dah… Pak cik x nak pulang?

Roslan : Xpelah, biarlah saya bersendirian di sini dulu. Tenangkan diri… Lagipun taman permainan ni mengigatkan saya pada Danial masa dia kecil.. Bermain-main penuh riang.. Dan setiap kali dia terjatuh isteriku akan berlari-lari anak kerisauan. Merawat luka Danial..

Dr Farid : Baiklah.. Semoga pak cik temui kekuatan

Roslan : InsyaAllah

Dr Farid : Assalammualaikum

Roslan : Waalaikumsalam

Dr Farid pun membawa diri ke kenderaan. Memandu meluncuri jalan raya yang sunyi-sepi. Setibanya dia di hadapan rumah, dia menghentikan enjin kereta. Termenung seketika.. Lalu mengalirlah air mata membasahi pipi insan itu. Menangis teresak-esak seolah-olah anaknya sendiri yang kehilangan. Lalu dia pun tertidur sehinggalah ke pagi.

Ketahuilah bahawa tugas seorang doktor bukanlah sekadar merawat manusia secara fizikal, bukan setakat penampilakan professionalisme, tapi yang paling penting adalah tugas merawat hati...

This Morning...

I missed 1 class, and many started questioning my absence... I never liked being in front... The one be looked up to... I am not the best of person... Just another slave to Al-Mighty Allah... Trying to do his best in everything.. I know myself better than anyone do and I am not the best... This much I know... We all have our personal problems... And everybody is nice in his on charm... So when you see something good in me, follow it... Alhamdulillah, Allah have implanted some light in this heart... And everytime I make mistakes, correct me... And when I leave a bad impression... Leave it far away... Sorry for my weakness... Sorry for my shortcomings... But do understand that I am doing my upmost to be better each day... As time past by, I seek hard... We are all siners... And to Allah we seek guidance... Faithful..So do not look me as who I am... But look to me as who I am trying to be...

Sometimes, I tend to lose focus... Flooding away from what to be expected... It stroke me hard this morning... Thinking that even if I have so much to chase... So much to give away... Thank you for reminding me that I still have responsibilities in my studies... You are a great friend... :)

So from now on, I will check myself from time to time... I will be giving everything... That is a promise... And to break a promise is not me!!

masa utk dicuri

Banyak perkara yg menuntut kita memberikan komitment
Ramai daripada rakan2 yg aku kenal, sampai tiada masa untuk diri sendiri
Semoga yg kuat bekerja utk orang lain, diberi balasan yg baik setimpal dengan masa dan usaha yg dikorbankan
Cuma, sebagai nasihat, jgn sesekali pengajian kita abaikan
Kita imbangkan antara pentarbiahan, kerja dan pelajaran

Memandangkan masa mencemburui kita, ingin berkongsi sedikit masa-masa yg boleh kita ambil utk mengulangkaji pelajaran

1. SELEPAS SUBUH
Sebaiknya, tidur awal pada waktu malam. Pkul 11 ke atas sudah ckup cantik. Cuba untuk bangun Qiam(diri juga susah nak wat). Andai x cukup kuat, yang paling penting, solat subuh di masjid. Dan bila dah selesai segala amalan (Quran/Mathurat), luangkan sedikit masa utk membaca. Andai masih ngantuk, boleh tidur lepas baca sebelum bangun balik utk ke kelas. Lebih baik klau x tidur dan terus pergi.
Kelebihan : Waktu pagi memang otak kita tengah fresh. Bila baca je boleh masuk laju.. Tambah dengan amalan pagi.. InsyaAllah berkat

2. SEBELUM KELAS PRAKTIKAL BERMULA DAN SEMASA GAP ANTARA LECTURE
Kebiasaannya, asyik rasa nak borak je. Tak hairanlah.. Kat rumah, kita sekadar berborak-borak dengan ahlul bait. Bila dah ada kat kelas, itulah antara masa yang ada jumpa balik dan gurau-gurau sesama kita. Teruskan. Lagi baik sebenarnya... Rapatkan hubungan dengan rakan-rakan. Tapi, x perlu lama... Selesai berborak, amik sikit masa baca.... Baca subjek kelas yg nak start tu.
Kelebihan : Kita akan refresh balik apa yg kita belajar dlm lecture dan waktu kelas praktikal tu insyaAllah sharp.

3. GAP ANTARA KELAS PRAKTIKAL DAN LECTURE
Jauh rumah tu. X perlu la wlaupun gap 2 jam nak balik.. Ulang-alik dari rumah dah nak dekat 4o minit.. Stay ka surau, kat tanam bunga universiti walaupun xde bunga.. Baca... Best, udara nyaman... (tapi panas)
Kelebihan : Panjang masa ni... Baca sebanyak yg boleh

Dan tidak lupa antara yg paling penting, fokus betul2 dalam lecture. Bawak masuk segala makanan.. wat picnic xpe... elakkan ngantuk... InsyaAllah, kurangkan beban kita nak study kat rumah

Kalau kita dapat amik semua masa-masa ni, ada masa terluang lagi bolehlah wat kerja-kerja lain yang penting...
1) Study group
2) Assignment
3) Kerja persatuan
4) Bersukan
5) Hafazan
6) Tengok bola (opppssss, terletak)
7) Main game.. Tengok movie (terletak gak)

waktu malam gak boleh gi kelas-kelas lain
1) Kelas Taafakuh malam khamis (ni aku jarang gi.. ada sebab.. munasabah insyaAllah)
2) Kelas sirah petang jumaat
3) Madrasah Al-Razi malam jumaat
4) Kelas tafsir malam sabtu
5) Kelas bahasa arab fusha
dan lain-lain
X semua perkara di atas aku dapat lakukan dengan sempurna setiap hari, tapi itu target.. Tampa target, ke mana hendak kita alirkan usaha-usaha kita..
Tiada siapa kata jalan ni senang. Medik itu keutamaan. Tarbhiah diri bukan nombor dua. Tabahkan hati. Ikhlaskan niat menuntut ilmu. Jaga hubungan sesama rakan. Kurangkan bercakap. Kurangkan perkara harus. Allah bersama orang yg berusaha :)