For what is good and best

"Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not"
Al Baqarah verse 216

I have been thinking for awhile
In the deepest depth of dilemma
Through series of unseen self-persecution
Lost in search for glimpses of favorable lights
Hoping to appear on the distant horizon
Be it in studies, sports, organizing, preaching
Seems as if I am not on top of my game in everything

Experience is the best teacher
I know deep down that I have learn a lot from what I have been through
What we want in life, maybe is not the best for us
Alhamdulillah for this enormous support and compassionate love my companions have laid on me

Two roads diverge apart
On the edge of what is good, and what is best, I made my choice
To live and forget.. To never hinge on this false hope
I shall wait for maybe a even better ordeal Allah has in store in me
Only for those who are patient and faithful
And those who are patient and faithful, is one I must be

aku seekor burung

Alhamdulillah, selesai sudah sesi pengajian tahun tiga kuliah perubatan universiti iskandariah. Hari ini menandakan genap seminggu kami bermesra dengan kuliah tahun4. Tahun klinikal di Mesir. Sedar tidak sedar, sudah lebih tiga tahun kami bertapak di sini. Dan sedar tidak sedar, kami semakin menghampiri kerjaya sebagai seorang doktor. Tahun 4 kuliah perubatan pastinya membawa satu pengalaman dan persekitaran baru.

Tahun 3 kuliah perubatan secara peribadinya merupakan tahun yang paling manis buat aku berbanding tahun-tahun sebelum ini. Terlalu banyak rasanya perkara yang aku belajar. Terutamanya apabila diberi peluang untuk menjadi seorang SR (Student Representative) selama setahun. Aku tidak pernah memegang apa-apa jawatan yang besar sepanjang zaman persekolahan. Sentiasa berbaju putih. Seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Masih dibelenggu masalah keluarga. Masih tercari-cari identiti diri. Aku tidak pernah kenal erti lain dalam hidup kecuali pada pelajaran. Aku cuma ingin belajar dan terus belajar. Mencari keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan. Ingin dihargai dan diiktiraf oleh ayah yang meninggalkan kami.

Pahit manis sepanjang bertugas memberikan aku seribu satu pengajaran dalam didikan menjadi insan yang lebih sempurna. Walau terlalu banyak kelemahan, aku rasa gembira dapat berkhidmat walaupun sedikit kepada rakan-rakan.

1) Matlamat
Sebaik sahaja diberikan amanah, aku meletakkan satu matlamat.
"Zero Failure for Doctors of 2014" sebagai kayu ukur. Berjaya atau tidak aku mencapai sasaran ini akan menentukan sama ada kepimpinan yang aku bawa berjaya atau gagal. Bekerja itu mudah. Mengaturkan jadual, mengambil power point presentation daripada doktor, mengedarkan nota, memastikan kelas-kelas elektif berjalan lancar, mendapatkan maklumat tentang peperiksaan, mengusul jadual peperiksaan, mendapatkan keputusan peperiksaan, menganalisa pencapaian akademik, membuat kelas-kelas tutorial, membantu dan memberikan semangat kepada repeaters. Tetapi akhirnya apa sasaran sebenar yang kita hendak capai? Akhirnya kita tidak mahu sekadar menjalankan tugas di atas angin. Kadang-kala kita bekerja, penat-lelah memberikan komitmen kepada amanah tersebut, tetapi akhirnya orang tidak memahami apa yang hendak kita sampaikan. Kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya kita mahukan. Bila matlamat diletakkan sebagai akar tunjang sebuah kepimpinan, maka seorang pemimpin itu mampu merangka strategi dan jalan-jalan terbaik untuk mencapai matlamat tersebut. Dan bila matlamat yang dibawa diterima umum, maka walau kepimpinan saling berganti, perkara asas itu tetap menjadi perjuangan. "Zero Failure for Doctors of 2014" adalah matlamat yang teruskan daripada kepimpinan SR tahun 2. Aku percaya ia adalah sebuah matlamat yang jelas dan tidak mustahil untuk dicapai.

2) Memanfaatkan potensi
Sebuah kumpulan mahasiswa bagaikan sebuah lombong emas. Kaya dengan potensi dan bakat, menunggu masa digilap. Setiap orang dianugerahkan dengan kebolehan yang berbeza, kelemahan yang berbeza. Ada yang boleh memimpin, ada yang pandai berucap, ada yag lebih dari segi pengusahaan bahasa inggeris, ada yang bijak memanfaatkan tenaga kerja. Ramai yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain. Cuma kadang-kadang, kurang disediakan platform atau sokongan untuk menyumbang dan memanfaatkan kelebihan masing-masing. Dalam kalangan kita, saya terlihatkan satu variasi bakat yang cukup cantik. Masing-masing ada sifatnya yang istimewa atas diri masing-masing. Kebolehan yang berbeza. Cara berfikir yang berbeza. Sehingga membuatkan aku rasa sebenarnya semua orang adalah SR. Semua orang menyumbang dengan kelebihan yang ada. Menyumbang dengan kebolehan tersendiri, atas cara tersendiri. Rasa gembira bila terbentuknya satu suasana berkongsi yang tinggi antara sahabat-sahabat. Ada yang memberi nota, ada yang membuat soalan, ada yang menyediakan jawapan bagi soalan-soalan perperiksaan tahun lepas, ada yang membuat kelas. Berharap sangat biah ini kekal. Hatta selepas tamat pembelajaran di universiti sekalipun.

Sabda Rasulullah SAW : "Orang mukmin itu bagi mukmin lainnya seperti bangunan, sebagiannya menguatkan sebagian yang lain."

3) Kesatuan
Selain daripada matlamat utama untuk mencapai sifar gagal dalam peperiksaan, aku idamkan sebuah kesatuan. Ada yang melihat berbeza pandangan dan cara berfikir itu satu perpecahan. Tetapi bagi aku, ia sebuah kepelbagaian yang saling melengkapi. Aku teringin melihat semua pelajar tahun 3 tiada masalah untuk bergaul bersama semua orang. Sedar atau tidak, kadang-kala wujud jurang antara kepimpinan pelajar dan kawan-kawannya. Begitu juga wujudnya jurang antara orang yang rajin belajar dan orang yang rajin bersukan, orang yang pandai dan orang yang sederhana, orang yang alim dan orang yang nakal. Mencari-cari formula terbaik untuk meminimakan kesemuanya. Mencuba bergaul antara semua orang sebanyak yang mungkin. Terbuka dalam berbincang perkara-perkara yang "serious". Juga terbuka dalam bergurau senda. "Liga Futsal batch" merupakan usaha yang sangat baik yang diusahakan sendiri oleh sahabat-sahabat yang meraikan terikatan. Begitu juga dengan beberapa study group yang dijalankan, kelas tutorial beserta dengan jamuan-jamuan seksyen yang setiap seksyen sendiri usahakan. Semuanya merupakan modal pembinaan ukhuwah yang bakal menjana lagi pencapaian-pencapaian yang lebih baik. Kita sedih apabila berlakunya perbalahan dalam beberapa perkara dan timbulnya perasaan kurang senang dan kecil hati antara kita. Dan sebenarnya perkara-perkara itu berpunca daripada kelemahan kita sendiri. Sebaiknya, kita bermunasah atas kesilapan masing-masing. Tiada bani adam yang sempurna. Berbezanya kita tidak seharusnya menghalang kita daripada berkasih-sayang. Akhirnya keterikatan hati-hati ini, kita serahkan kepada Allah.

"Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dengan orang mukmin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukn hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana".
(Al-Anfal:62-63)

4) Meraikan orang lain
Seorang pemimpin itu seharusnya bersifat terbuka. Dia sentiasa mahu ditegur atas kesalahannya dan bersedia menerima pendapat orang lain. Kerana akan ada masa dan keadaannya, pendapat orang lain itu lebih baik daripada pendapatnya sendiri. Dia harus bijak membuat pertimbungan dan tegas atas perkara-perkara tertentu. Aku percaya, asalkan seorang pemimpin itu faham tentang tugasnya untuk berkhidmat untuk orang lain, maka insyaAllah sepatutnya dalam membuat keputusan ianya tidak menjadi masalah. Dalam situasi tertentu seseorang itu akan memikirkan perkara-perkara yang boleh dia perolehi sebagai seorang ketua. Tetapi itu bukanlah asas pemikiran yang sepatutnya. Sebolehnya dia sentiasa memikirkan apa yang boleh dia beri. Kerana kegembiraan dan kejayaan orang lain itu adalah kegembiraan yang tertinggi seorang SR.

Teringat sebuah kisah sirah yang berlaku sebelum peperangan Badar. Rasulullah SAW membuat keputusan berhenti di sebuah tali air sebelum terus mara ke medan Badar. Bangkit seorang sahabat bernama Al-Hubab bin Mundhir RA dan bertanya
"Ya Rasulullah, adakah keputusanmu ini sebuah wahyu ataupun strategi peperangan dari fikiranmu?"
Rasulullah SAW menjawab
"Ia adalah strategi peperangan dan perundingan"
Maka jawab Al-Hubab
"Tempat ini bukanlah satu tempat yang baik untuk berkhemah. Marilah kita pergi dan berkhemah di perigi air terdekat, membuat satu lembangan dipenuhi bekalan air dan menghancurkan perigi-perigi air yang lain supaya musuh susah untuk mendapatkan bekalan air"
Rasulullah SWT menerima cadangan baik yang diutarakan itu dan menjayakan rancangan tersebut sebaik sahaja tiba waktu malam

Begitu juga dengan kisah Perang Khandak di mana Rasulullah SAW berbincang dengan para sahabat tentang strategi terbaik untuk menghadapi serangan musuh. Akhirnya Baginda menerima cadangan Salman Al-Farisi RA unutk menggali parit di sekeliling Madinah.

5) Give and take
Mungkin pada individu tertentu, orang yang menjadi SR adalah orang yang sangat beruntung. Dikenali oleh kebanyakkan professor yang mengajar. Popular dalam kalangan pelajar. Dihormati dan disanjung tinggi. Mungkin dari satu sedut anggapan-anggapan tersebut adalah benar, tetapi dari satu sudut yang lain banyak sebenarnya seorang SR harus korbankan. Tidak dinafikan dia mempunyai kelebihan dari aspek tertentu, tetapi dalam masa yang sama banyak juga yang dia kehilangan. Bagi diri aku sendiri, aku tidak dapat fokus sepenuhnya pada pelajaran. Sentiasa terfikir-fikir tentang perkara-perkara yang belum selesai dalam kuliah. Tidak dapat menjadi seaktif dulu dalam bersukan. Tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya pada tarbhiah dan jemaah. Juga aku rindu pada penulisan. "Give and take". Untuk mendapatkan sesuatu, ada perkara yang kita perlu lepaskan.

6) Hadaf
Kenapa kita bertugas? Kerana diberikan jawatan? Itu sahaja? Ramai orang memandang jawatan itu hanya sebagai kedudukan dalam organisasi. Semakin tinggi dia di dalam organisasi, semakin banyak kelebihan yang dia akan dapat. Tetapi ingatlah, bila mana nama yang dikejarkan, pujian yang didahagakan, pengaruh yang dicari, maka semua itu hanya pada permulaan sahaja. Teruja menampilkan diri ke hadapan, teruja menunjukkan diri boleh bekerja. Akhirnya bila semuanya menghilang, maka dia terus menjadi futur, mundur, bagaikan tiada sebab lagi mengapa dia perlu terus bertugas. Hanya satu perkara yang dapat menjamin motivasi dan semangat dalam bekerja itu kekal. "Mardhotillah". Dan salah satu jalannya ialah erti hidup pada memberi.

Sabda Rasulullah SAW : "Jika sekiranya seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari ia beriktikaf selama 2 bulan di dalam masjidku"

Tirai Perlabuahan

Sabda Rasulullah SAW : "Setiap bani Adam berbuat salah. Sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat."

Muhasabah diri semula, rasanya terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang aku lakukan sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang SR. Banyak matlamat yang tidak dapat aku capai. Banyak hak pergaulan yang aku abaikan, banyak permintaan yang aku tidak dapat raikan. Banyak motivasi individu yang aku tidak dapat naikkan. Banyak keselesaan yang aku tidak dapat berikan. Tidak semua sahabat daripada tahun 3 dapat melangkah ke tahun 4. Di pengakhirannya, matlamat yang selama ini aku idam-idamkan gagal. Aku minta maaf andai aku bukanlah orang terbaik. Maafkan aku...

Atas segala perkara, waktu perlabuhan tirai sudah tiba. Alhamdulillah, terasa bagaikan seekor burung yang baru dilepaskan dari sangkar. Terbang bebas mengejar hadaf hidupnya.. Terlalu rindu rasanya pada perasaan menjadi seorang pelajar biasa. Teringin memberikan fokus yang lebih kepada tarbhiah, dakwah, dan pelajaran.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Semoga aku telah dapat memberikan sesuatu kepada sahabat-sahabat, walau sekecil pemberian sahaja..