MENGALAH ITU INDAH
Berbicara adalah sesuatu yang sangat mudah dilakukan. Kerana mudah dilakukan, kita cenderung sering melakukan kesalahan yang sangat fatal ketika berbicara. Bahkan, kerana terlalu asyiknya kita berbicara, sering tidak kita sedari kata-kata kita ternyata menyinggung perasaan orang lain. Kesudahannya adalah perang mulut. Atau, setidak-tidaknya tumbuh rasa dendam di hati lawan bicara yang merasa tersinggung.
Dalam hal etika berbicara, Rasulullah SAW telah memperingatkan kita. Baginda pernah berkata, “Seorang muslim adalah seorang yang menyelamatkan sesama muslim dari tangan dan lidahnya.” Di sinilah Rasulullah benar-benar mengingatkan kepada umatnya agar sentiasa menjaga lisan. Sebab, mampu menjaga lisan adalah salah satu indikator bahawa orang tersebut adalah benar-benar seorang muslim. Bahkan, di lain kesempatan Rasulullah mengatakan bahawa jika seseorang tidak mampu menjaga lisannya (berbicara yang baik), lebih baik dia diam. Sungguh sebuah tawaran yang sangat berat. Katakanlah semacam harga mati yang harus kita beli. Padahal, selama ini mungkin kita merasa tak punya beban sama sekali ketika harus berbicara dengan orang lain. Kita menganggap bahawa etika dalam bebicara adalah hal kecil yang kurang begitu perlu untuk diperhatikan. Bahkan, cenderung kita abaikan.
Mengalah x mengapa. Lisan perlu dijaga. Aku minta maaf andai lisan-lisan dari mulut mencalar dan meluka. Mengalah itu indah, meski hanya sekadar kata-kata.