dia bukan sempurna
Labels: SELF-REFLECTION
Sungguh aku tersentuh dengan cerita seorang sahabat. Kuat sungguh dia diuji. Tetapi akhirnya kesedihan itu dia simpan. Kadang-kadang tidak pernah diluahkan. Takut-takut masalah sendiri menjadi beban kepada orang yang dia sayang. Dia tidak pernah menyalahkan sesiapa. Tidak pernah membenci sesiapa. Sehingga ada kalanya dia tidak mampu. Berderai juga titisan air mata di atas sejadah. Kita sememangnya lemah. Akhirnya atas kesedihan, kita mencari sesuatu untuk dipautkan. Sehingga dia hanya gembira atas kegembiraan orang lain.
Makna kegembiraan itu luas. Ada yang gembira atas kerjaya yang baik. Atas pencapaian akademik yang baik. Atas keluarga yang bahagia. Atas pangkat, darjat jua harta. Atas pasangan yang penyayang. Sehingga tiba masanya kita tersedar. Segalanya tidak kekal. Kerana atas dunia kita tidak pernah memiliki apapun. Seseorang itu tidak akan gembira selamanya. Tiba masanya manusia akan diuji. Senyumannya tetap akan luntur. Semangatnya akan patah. Dia bukan sempurna. Maka bersujudlah dia dengan sekubur tubuh yang lemah memohon kekuatan. Titislah air mata keinsafan. Sehingga kita sedar bahawa kegembiraan sebenar ada pada diri. Menghargai dan mencintai apa yang ada. Tidak semua yang kita mahu kita boleh dapatkan
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : Ayat 216)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah (Al-Balad : Ayat 4)
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-'Ankabuut Ayat 2)
Hidup satu anugerah. Atas satu jalan yang akhirnya menuju ke Tuhan. Semalam sudah pergi, hari esok belum pasti, tetapi kita ada hari ini. Dan hari ini adalah hadiah untuk kita hargai dan manfaatkan sepenuhnya. Jika atas jalan ini takdirnya kesusahan yang kita temu, maka kuatkan hati menempuh. Teguhkan pendirian atas apa yang kita cari. Kita bukan keseorangan. Dan andai terjatuh maka bergembiralah, kerana dari kejatuhan itu terbentuknya satu peribadi. Seorang muslim yang jati dirinya lebih ikhlas dan terpuji.