Minden Heights
Rombongan percutian dah nak bertolak dari gulogor ke bukit mertajam. Dalam percutian inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pulau-pinang setelah peristiwa hitam yang berlaku pada kami 10 tahun yang lepas. Hari sebelumnya, jalan-jalan di sekitar bandar hari itu terlalu banyak mengimbas kembali kenangan dua setengah tahun aku hidup di pulau mutiara. Kedai makan nasi kandar yang kami sekeluarga selalu jamu. Kedai "anikawan" tempat aku dan abang membeli komik "dragon ball". Klinik Gigi Gelugor. Segala-segalanya terimbas kembali. Seolah-olah kehidupan kami di sini terasa baru sahaja ditinggalkan semalam. Di kesempatan sebelum berangkat meninggalkan Georgetown, perasaan aku kuat untuk sekurang-kurangnya melihat rumah lamaku di Minden Heights.
Kebetulan rumah Iqbal yang kami singgah ketika itu berada sangat dekat dengan kawasan rumah lama. Aku minta bantuan seorang sahabat yang menaiki motor ketika itu, oden untuk hantarkan aku ke sana. Jalan Changkat Jering. Betul-betul berada bersebelahan dengan pintu gate 3 usm. Jalan Changkat Jering memanjang. Sesudah belok ke jalan itu, aku tercari-cari di mana rumah lama aku yang dulu. Jauh ke depan tetap tidak jumpa. Mencapai telefon bimbit dalam poket mendial nombor ibu. Sebenarnya kami dah terlepas rumah. Rumah nombor 63. Tiba depan rumah, masyaAllah. Lain sungguh rupa rumah kami. Kini sudah diduduki orang. Pokok jambu depan rumah tiga tingkat itu sudah ditebang. Warga gate yang dulunya warna-warni dah di cat merah. Mungkin taman belakang rumah yang kami sekeluarga bermain-main pun sudah diubah-suai. Teringat dulu macam mana adik-adik terkejar-kejar keluar untuk dapatkan ayah bila kereta mercedesnya masuk ke tempat letak kereta dalam rumah.
Ibu pesan untuk singgah ke rumah jiran kami, Uncle Zul dan Aunty Sufi. Segan tetapi dalam masa yang lama seronok. Lama tidak bersua dengan mereka. Uncle Zul dan Aunty Sufi lah yang selalu membantu kami dulu. Bila-bila kami terasa sedih dengan perbuatan-perbuatan ayah, uncle zul dan aunty sufi ada untuk berikan kami nasihat dan kata-kata semangat. Tidak seperti rumah kami, rumah mereka sekeluarga tidak banyak yang berubah.
Assalammualaikum diberi dari luar. Sahutan di dengar dan kedengaran suara uncle zul menyambut ketibaan ku.
"Waalaikumsalam, asyraf ke tu?" Sahut uncle Zul dari dalam
Ibuku sudah pun memaklumkan kedatangan aku ke rumah mereka. Insan itu sudah kelihatan berumur. Hampir-hampir tidak aku kenal lagi. Senyuman mengiringi sapaannya sebagaimana seorang ayah menyambut seorang anak yang terpisah jauh bertahun-tahun, baru sahaja pulang semula ke rumah. Kami dipertemukan semula setelah berapa lama tidak menatap muka. Berpelukan mesra. Selama ini hanya bertanya khabar dan mengirim salam melalui telefon. Di ruang tamu rumah kami minum bersama. Berborak-borak tentang kisah baru dan lama.
"So you are a doctor now.. You and aizat are both becoming successful"
Kata uncle Zul.
"Masih banyak yang perlu kami kejar uncle.. Saya x grad pun lagi. InsyaAllah, kami sentiasa usahakan apa yang boleh"
Aku membalas sambil tersenyum malu
"Aunty dengar banyak tentang asyraf dari ibu. Kata ibu asyraf ada semangat tinggi. Kata nak jadi psychiatrist?" Kata aunty Sufi
"Xtau la aunty sama ada dapat jadi ke x.." Balasku sambil ketawa
"Your mother is very proud of you. Dan Aunty yakin ayah asyraf pun sama. Dia sayangkan asyraf 4 beradik. Lepas dah tengok asyraf ngan aizat berjaya, mesti dia ada menyesal dengan keputusan dia dulu"
"Biasa la aunty, semua orang buat silap.. Tapi saya x pernah benci dia. Saya tetap sayangkan dia sebagai seorang ayah. Dan saya selalu pandang tinggi kepada usaha-usaha dia. Macammana dia capai apa yang dia capai, its amazing.."
Pertemuan semula kami terpaksa dipendekkan apabila telefonku berdering. Rombongan percutian kami dah nak bergerak dan cuma tinggal menunggu kami. Walau hati terasa berat, aku terpaksa meminta diri. Uncle Zul dan Aunty Sufi memberikan nasihat terakhir. Kami berpelukkan dan aku pun melangkah ke luar gate rumah. Langkah yang diiringi air mata yang mengalir tampa kerelaan aku. MasyaAllah, sungguh indah pertemuan ini.
Tiba semula kami ke rumah Iqbal, perjalanan diteruskan.. Kami meninggalkan pulau pinang. Sepanjang perjalanan atas jambutan, aku merenung jauh ke laut biru. Keseorangan. Hilang dalam dunia sendiri..
Tentunya perasaan meninggalkan pulau-pinang hari tu tidak sama. Dahulunya ditinggalkan dalam kesusahan. Kesedihan demi kesedihan yang ibu rasakan di sana. Lewat suatu hari, selepas membuat laporan polis, ibu membawa kami empat beradik berpindah ke kuala lumpur tampa pengetahuan ayah. Siri demi seri perlawanan di mahkamah atas hak penjagaan pun berlalu. Hinggakan kami ditanyakan hakim seorang demi seorang dengan siapakah kami mahu dijaga? Tentu sahaja jawab kami berempat ibu. Kehidupan di kuala lumpur pun bermula. Aku memperkenalan diri sebagai aliff, bukan lagi asyraf seperti panggilan kawan-kawanku semasa bersekolahan di Pulau Pinang dahulu.
Satu persinggahan yang terlalu singkat. Dalam persinggah itu aku perkenangkan semula semuanya..
Kadang-kadang, dalam belajar dan bekerja di sini, aku hanyut dibawa arus yang semakin laju. Tanggungjawab semakin besar. Semakin jauh perjalanan kita, semakin banyak cabaran yang mengiringi. Perlu sentiasa mengigatkan diri yang aku punyai matlamat yang perlu aku capai. Baik jangka masa pendek, jangka masa sederhana mahupun jangka masa panjang. Jika diizinkan tuhan untuk dipanjangkan umur, perjalanan ini masih jauh. Hidup akan semakin sukar dan menggeringkan. Masih banyak yang perlu dikejarkan. Masih banyak yang perlu dicapai. Jauh sudah aku memanjat. Dan aku ingin terus memanjat. Dalam satu pendakian yang tiada kelihatan puncaknya. Sehingga akhirnya, dalam pendakian itu, kita temui perkara yang paling kita mahukan dalam hidup. Segala-galanya atas diri. Beserta usaha dan doa mengiringi. Semoga kita bertemu..
Amin
Rasulullah SAW bersabda
"Yang terbaik antara kamu adalah yang terbaik kepada keluarga, dan aku adalah yang terbaik daripada kamu kepada keluargaku"
(al-Tirmidhi dan Ibnu Majah)