Syurga Bersahabat

Di sebuah kota tinggal dua orang bijak yang sudah hidup bersama selama 30 tahun. Selama itu mereka belum pernah sekalipun bertengkar. Suatu hari seorang daripada mereka berkata,

“Tidakkah kau berfikir bahawa inilah saatnya kita perlu bertengkar, paling-paling tidak sekali saja?”

Kawannya membalas, “Bagus juga begitu! Mari kita mulai. Tapi apa yang harus kita pertengkarkan?”

Orang bijak pertama menjawab, “Bagaimana kalau dengan sepotong roti ini?”

“Baiklah, marilah kita bertengkar kerana roti ini. Tapi, bagaimana kita melakukannya?” tanya orang bijak kedua.

Orang bijak pertama lalu berkata, “Roti ini aku punya. Ini milikku!”

Orang bijak kedua menjawab, “Kalau macam tu, ambil sajalah.”

ALANGKAH... alangkah damainya dunia ini kalau kita semua berperilaku seperti dua orang bijak tersebut. Bersahabat tanpa syarat... Bersahabat bukan untuk memiliki sesuatu... Tampa membenci, tampa berburuk sangka, tampa umpat..............................
Itulah SYURGA BERSAHABAT


3 comments:

Khairi Malik said...

nice story...but it's hard to find friends like them.

AnAk iBu said...

laah. takat roti mang ah.
cube emas keh, gelang asfour keh. nak gak ah begadoh berebot toh.

hahaha.
nice nice.

aliff asyraf said...

Khairi : If its hard to find, them let them be find.... Be them... :)

anak ibu : Silap aa.... haha... klau letak emas ke, gelang asfour, apa jadi ek? Xpe, bayangkan je roti tu emas bila baca.... hehe