untuk insan-insan tersayang

"setiap ibu bapa mahukan anaknya berjaya!"
tersenyum aku seketika sewaktu ungkapan itu dilafazkan
aku halakan pandangan ke bawah
hampir kesemua orang belajar utk menggembirakan ibu dan ayah
aku pula belajar untuk buktikan kesilapan ayah...
JADI APA YANG AKU PERJUANGKAN?

motivasi apa lagi yang kita cari?
bila redha Allah, dan senyuman ibu bapa itu yg jelas kita idamkan
setiap kali komitmen dituntut, kita cendurung memberikan alasan
leka berhibur
dan kadang-kadang juga lupa pada hadaf
bak orang buta berjalan tampa tongkat tiada dipimpin
bila-bila kita lemah, itu panggilan untuk kita menjadi lebih kuat
hendak seribu daya, mencari 1000 cara
setiap kali kita rasa malas, rasa x semangat, rasa down
ingatlah dua insan itu
syukurlah berapa ramai di kalangan rakan2 kita yang dah kehilangan ayah, kehilangan mak, kehilangan adik-beradik
Kita Alhamdulillah, masih lengkap dengan kasih sayang
Tapi tanya diri.. pernah kita betul2 manfaatkan?

betul, seorang ibu atau bapa itu xkan sesekali menyalahkan anaknya klau dia x skor
tapi bayangkan kegembiraan mereka bila kita berjaya
andai harapan masyarakat kita x mampu pikul
harapan negara x terbawa
sekurang-kurangnya, pikullah harapan dua insan ni
nak membalas jasa keselurahan kita xkan mampu
sekurang-kurangnya, buatlah mereka senyum
buatlah mereka BANGGA
untuk insan-insan yang kita sayang

Mengaku berjaya tapi rakan ada yang gagal... itu kejayaan?
Ingtlah kejayaan itu bukan sewaktu kita bangun ke depan ambil hadiah, sewaktu kawan-kawan bersorak bertepuk tangan
tapi kejayaan sebenar hadir bila kita dah usaha sehabis daya
itu kepuasan yg kekal
Jangan sesekali kita terasa lemah

















InsyaAllah, kita kejar kejayaan bersama :)

AL-ALAQ AYAT 1-5
1 Bacalah dengan nama Rabbmu Yang Menciptakan
2 Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah
3 Bacalah dengan nama Rabbmu Yang Maha Pemurah
4 Yang mengajar (manusia) dengan kalam
5 Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

TO NOT LEARN

There are many things tat I regret not doing in life... One of them is having the chance to learn mandarin in SMKSBU, n I didnt took it..

Tien Koon : Come on aa Aliff, take the class aa...
Jonathon : Ya laa man, take it already... We help you laa....
Me : Well, Im still stumbling on my studies... Maths, that is... I join, I would have to take 10 subjects... So, Naa.. sorry guys.....

Life moves on... Still many challenges lies ahead... Now, giving my best in arabic fusha and everything...

LUASNYA ILMU ALLAH TIDAK TERHINGGA
Al Kahfi Ayat 109
Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."


Target : 1 year to speak fluently, to write beautifully, to read and understand throughtly (before practical year). Still can't imagine how Im gonna take medical history, giving patient health advises in Arabic. Note that, this is not the only reason to learn. Learn it because it is the language of Quran, language of Jannah
Current level : On the verge on reaching level 2

AIR MATA TERINDAH

Air mata terindah mengalir semasa kamu terpisah dengan kemaksiatan.

Air mata terindah mengalir semasa kamu bertaubat setelah melakukan maksiat.

Air mata terindah mengalir semasa kamu meraih tangan sahabatmu.

Air mata terindah mengalir semasa kamu sujud.

Air mata terindah mengalir semasa kamu rukuk.

Air mata terindah mengalir semasa kamu berdoa dengan khusyu'.

Air mata terindah mengalir semasa kamu bertemu keluarga setelah lama terpisah.

Air mata terindah mengalir semasa kamu memperolehi redha kedu-dua orang tua kamu.

Air mata terindah mengalir semasa kamu berbahagia dengan syurga dan memperoleh syafaat Rasulullah s.a.w.














Mampukah kita mengalirkan 'air mata terindah' itu? Ketika manakah air mata kita mengalir? Menangis kerana dunia atau akhirat...sama-sama muhasabah kembali. Kalaulah kita tidak mampu untuk menangis disebabkan kerasnya hati, menangislah kerana kerasnya hati kita. Astaghfirullah3x..

SATU WAKTU

Aku teringat akan waktu itu
Tatkala mendengar panggilan sayu suara ibu
Seorang kanak-kanak bangun pagi keriangan
Berkemas-kemas, menjamu sebungkus nasi lemak dan berlari-lari menuju ke perhentian bas
Begitu bersemangat dia untuk ke sekolah

"Ibu kata belajar rajin-rajin.. Nanti boleh jadi doktor, boleh jadi lawyer. Tolong orang susah"
Setiap kali ke sekolah dia teringat kata ini


Aku teringat waktu itu
Sebaik sahaja menjejakkan kaki di hadapan pagar besar sekolah
Dia turun berlari-lari
Meliar matanya mencari sahabat
Maka pabila berjumpa mereka ketawa keriangan
Berkongsi-kongsi cerita kartun pagi sabtu

Tiada bermasam muka
Tiada tertawar hati

Aku teringat waktu itu dia berdiri tegak menyanyikan lagu negaraku
Menjerit-jerit mengalunkan nada lagu sekolah
Beratur penuh tertib
Lalu berjalanlah dia menuju ke kelas tiada sabar
Duduk dengan sopan
Dan sewaktu guru-guru kesayangnya melangkah masuk ke kelas
Dia berdiri bersama rakan-rakan mengucapkan selamat pagi

Penuh rasa hormat pada insan-insan yang mencurahkan ilmu

Aku teringat bagaimana mereka begitu menyayangi guru
Seperti ibu bapa mereka di pagi hari
Tempat mengadu masalah di rumah sambil menangis-nangis manja

Insan itu membelai penuh kasih sayang
Dia tersenyum manis

Aku juga teringat bagaimana mereka bersungguh-sungguh menunjukkan kerja-kerja sekolah
Berebut-berebut menginginkan pujian
Aku tidak lupa bagaimana dia begitu tekun memberikan tumpuan dalam kelas
Mengimpikan saat-saat manis masa hadapan

Agar satu hari melangkah ke puncak menara gading
Tidak putus asa sama sekali

Loceng sekolah pun berbunyi
"Terima Kasih Cikgu!"
"Terima Kasih Cikgu!!!!!"
Bagaikan burung yg pulang ke sangkar
Rebahlah sekujur badan yang kepenatan

ANAK KECIL ITU ADALAH KITA
SENTIASA MENGHARGAI PERSAHABATAN
BERSEMANGAT TINGGI MENUNTUT ILMU
MENYAYANGI SETIAP TITIK PELUH JASA SEORANG GURU
DAN DI MANA PERGINYA SEGALA WAKTU INDAH?
SEKEPING HATI YANG SUCI
TENGGELAM DIMAMAH WAKTU!!

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, kembalikanlah hati kami untuk sentiasa mentaatimu




















*Ilham daripada seorang sahabat lama ^_^