SATU WAKTU

Aku teringat akan waktu itu
Tatkala mendengar panggilan sayu suara ibu
Seorang kanak-kanak bangun pagi keriangan
Berkemas-kemas, menjamu sebungkus nasi lemak dan berlari-lari menuju ke perhentian bas
Begitu bersemangat dia untuk ke sekolah

"Ibu kata belajar rajin-rajin.. Nanti boleh jadi doktor, boleh jadi lawyer. Tolong orang susah"
Setiap kali ke sekolah dia teringat kata ini


Aku teringat waktu itu
Sebaik sahaja menjejakkan kaki di hadapan pagar besar sekolah
Dia turun berlari-lari
Meliar matanya mencari sahabat
Maka pabila berjumpa mereka ketawa keriangan
Berkongsi-kongsi cerita kartun pagi sabtu

Tiada bermasam muka
Tiada tertawar hati

Aku teringat waktu itu dia berdiri tegak menyanyikan lagu negaraku
Menjerit-jerit mengalunkan nada lagu sekolah
Beratur penuh tertib
Lalu berjalanlah dia menuju ke kelas tiada sabar
Duduk dengan sopan
Dan sewaktu guru-guru kesayangnya melangkah masuk ke kelas
Dia berdiri bersama rakan-rakan mengucapkan selamat pagi

Penuh rasa hormat pada insan-insan yang mencurahkan ilmu

Aku teringat bagaimana mereka begitu menyayangi guru
Seperti ibu bapa mereka di pagi hari
Tempat mengadu masalah di rumah sambil menangis-nangis manja

Insan itu membelai penuh kasih sayang
Dia tersenyum manis

Aku juga teringat bagaimana mereka bersungguh-sungguh menunjukkan kerja-kerja sekolah
Berebut-berebut menginginkan pujian
Aku tidak lupa bagaimana dia begitu tekun memberikan tumpuan dalam kelas
Mengimpikan saat-saat manis masa hadapan

Agar satu hari melangkah ke puncak menara gading
Tidak putus asa sama sekali

Loceng sekolah pun berbunyi
"Terima Kasih Cikgu!"
"Terima Kasih Cikgu!!!!!"
Bagaikan burung yg pulang ke sangkar
Rebahlah sekujur badan yang kepenatan

ANAK KECIL ITU ADALAH KITA
SENTIASA MENGHARGAI PERSAHABATAN
BERSEMANGAT TINGGI MENUNTUT ILMU
MENYAYANGI SETIAP TITIK PELUH JASA SEORANG GURU
DAN DI MANA PERGINYA SEGALA WAKTU INDAH?
SEKEPING HATI YANG SUCI
TENGGELAM DIMAMAH WAKTU!!

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, kembalikanlah hati kami untuk sentiasa mentaatimu




















*Ilham daripada seorang sahabat lama ^_^


0 comments: