Maaf kepada semua pembaca

Assalammualaikum

Doa dan harapan kepada rombongan kemanusiaan Lifeline 4 Gaza
Doa dan harapan kepada saudara-saudara kita yang sedang berjuang di Palestin
Semoga rahmat dan redha Allah mengiringi insan-insan yang sudi melawat
Mengimbas kembali post-post sebelum ini, terasa bagai x banyak pengisian atau motivasi yang telah aku sampaikan

Membaca semula post pertama

Secara jujurnya, aku bukanlah seorang yang rajin dalam bab-bab penulisan ni..Tapi, dari cerita yg aku dengar sekililing aku, aku dapati dunia blog dunia yg sangat menarik.Dunia yang tiada penghujung. Setiap orang ada perkara yg nak disampaikan.. X kira dari segi info-info baru, ilmu-ilmu fardhu ain, ilmu-ilmu fardhu kifayah, pengigatan kemanusiaan, perjalanan hidup masing2. Aku percaya, dunia blog adalah satu medium yg sangat baik utk membuat kebaikan. Satu saham untuk kita peroleh manfaat dan pahala yang berterusan. Kepada yang menulis dengan niat ikhlas untuk kebaikan, teruskanlah. Semoga Allah sentiasa memberikan rahmat. Ramai blogger2 hebat yang aku kenal. Pelajar2 alex, bdk2 ASiS. Aku nak sangat jadi hebat berilmu macam senior2, sahabat2.. InsyaAllah, aku harap dapat belajar banyak lagi.

Dunia blog akan mencerminkan siapa diri kita. Aku x nafikan. Aku seorang yg penakut untuk bersuara.. Aku takut menegur benda yang aku tau salah. Aku takut amik tindakan, utk membetulkan apa yg serong. Hati ini sungguh lemah. Seorang insan yg kurang keyakinan diri. Jadi, aku mahu menulis atas apa yg aku rasakan perlu. Aku mahu menjadi lebih berani untuk berkongsi. Dan moga dengan jalan ini, aku dapat menjadi insan yang lebih sempurna insyaAllah...


Lebih setahun sudah sejak diri mengambil keputusan untuk bergiat dalam penulisan blog
Bermuhasabah diri semula, apakah penulisan-penulisan aku telah memberikan manfaat? Betulkah aku telah mengesan hati-hati pembaca?
Sedang diri serba kekurangan
Banyak lagi yang perlu diperbaiki...

Maaf
Hanya seorang insan yang ingin menyampai....

2 comments:

Anonymous said...

it's better if u write something that comes from ur heart, wat u want other to know, ur perception.. rather than 'makes' thing to sound good

my 2cents

aliff asyraf said...

Erm.. Trying to act cool and make things sound good when Im suppose to focus on meanings in my writing..
Touching the heart, motivating is never easy

Thanks.. I appreciate the advise ^_^