Andai itu kelemahanku

Memohon maaf kepada semua
Aku tersalah penilaian
Itu kelemahanku, aku terima seadanya
Aku akui kelemahan sendiri
Satu langkah untuk aku lebih mengenali diriku
Tiada yang dilahirkan sempurna
Ikhlas
Meminta maaf
Dari diri yang serba kekurangan...

Istimewa atas diri sendiri

Masa seharian dihabiskan menghadap buku. Mencuri sedikit masa untuk menulis. Kali ini, tergerak untuk menulis sesuatu yang lebih dalam. Masih berjinak-jinak dalam penulisan berbentuk tarbhiah. Jadi, andai kata terkurang atau tersalah bicara dalam penulisan, harap ditegur dan dibetulkan

Dalam perjalananku menyelurusi hidup anugerah tuhan, aku diperkenalkan dengan ramai orang-orang yang hebat
Pernahkah terlintas jauh dalam sudut hati,
"Aku x mempunyai ilmu setingginya"
"Aku x selantang dia dalam bersuara di hadapan orang"
"Aku x secemerlang dia dalam memimpin"
Namun, kita lupa, setiap orang hebat dengan caranya sendiri
Manusia dijadikan sebaik-baik insan
Khalifah di muka bumi yang terhampar luas
Tiada cacat cela di sisi ketentuan Allah dan perhitungan-Nya tidak pernah salah
Kadang- kala, dalam kehidupan seharian, kita telalu banyak menilai orang lain
Terlalu kerap hingga kita terlupa menilai dan menghargai diri
Dalam banyak perkara kita cendurung membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan
Sedarkah kita orang yang terbaik, adalah diri kita sendiri?

Sesetengah orang kuatnya pada ilmunya.
Memberikan tazkirah, mengajak kepada kebaikan, dan menyampaikan ilmu
Sesetengah lagi kekuatannya pada peribadi diri.
Bercakap dengan nada yang baik dan menjalani urusan seharian dengan nilai-nilai yang terpuji.
Ada yang hebat pada amal.
Hatinya terikat pada masjid, dan lidahnya tidak pernah kering dalam melafazkan Qalam Al-Quran
Ada yang hebat pada pelajaran, membuktikan bahawa Islam tidak menghalang kita cemerlang dalam bidang lain. Orang yang mencari agama, tidak semestinya perlu mengabaikan pelajaran
Segolongan orang hebatnya pada bersukan.
Bermain bersungguh-sungguh. Menunjukkan seorang muslim itu kuat pada fizikal untuk berjihad
Segolongan lagi hebat pada pergaulan.
Orang yang memahami kehidupan orang lain.. Orang yang kurang berpegang kepada agama. Mengetahui cara mereka berfikir, dan sebab mereka melakukan perkara-perkara yang mereka lakukan.
Ada yang hebat menjauhi maksiat apabilan pernah terkandas ke dalamnya
Ada yang hebat pada ketabahan, hebat pada melukis, menulis, berbahasa inggeris, dan hebat pada pelbagai bidang lagi
Segalanyanya sebuah dakwah
Dan seseorang itu boleh menyumbang mengikut kemampuannya dan kekuatannya...

Seketika kerana kurangnya ilmu, kita terasa lemah
Biar kurang ilmu daripada kurang penghayatan
Kita boleh hadirkan diri ke pelbagai kuliah agama
Membaca pelbagai bahan ilmiah
Tetapi penghayatan tetap kurang
Amal tidak terjaga
Dan diri gagal menerapkan nilai-nilai murni dalam urusan seharian
Ada yang berilmu tapi belum tentu dia beramal
Tekankan hati dan amal
Aturkan langkah sedikit demi sedikit
Kita mengejar kepada peningkatan
Bukannya tahap yang tinggi tampa pertambahan

Aku sendiri, aku tidaklah mempuanyai ilmu setinggi sahabat lain
Masih dalam proses pembelajaran
Dan aku bukanlah orang yang dapat bercakap di hadapan, memberikan tazkirah, berkongsi ayat-ayat Al-Quran, petikan-petikan hadis, kisah-kisah sirah mahupun aku sangat arif tentang hukum-hukum fiqh yang sedia ada
Aku belum bersedia
Tetapi aku menulis, aku berkongsi rasa izzahku terhadap agama ini
Keseronokan beramal dengan islam
Jalan seorang mukmin yang ingin menemui Jannah
Aku kongsikan pengalamanku dalam bermula dari bawah
Pengalaman yang mengajar aku kepada hati-hati yang masih mencari-cari
Masih tertanya-tanya tentang arah tuju hidup
Aku kongsikan kesungguhan untuk mengejar kepada benda yang aku tiada
Dengan harapan, suatu hari nanti, aku akan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan mereka
Kerana pentarbhiahan itu tiada pernah henti
Aku harap aku boleh menjadi contoh kepada orang yang sama latar-belakangnya denganku
Yang aku memahami mereka
Berkongsi perasaan yang sama
Kekurangan yang sama
Tetapi itu tidak menghalang kejayaan diri seseorang

Kita tidak dilahirkan sama
Tetapi matlamat kita, hadaf kita satu
Saling melengkapi antara satu sama lain
Persimpangan jalan yang berbeza
Namun melihat kepada sebuah pengakhiran yang jelas
Belajar memberi dengan dengan apa yang ada
Kerana setiap orang istimewa atas dirinya, bukan orang lain



Someday

Someday InsyaAllah, I wish I can meet someone more or less the same age of mine, who has known hardship during childhood, share the same family background, similar ordinary school. knows the struggle when you feel lost. Experience the same surrounding.. The one that has changed to be different and seeked that very strength to change himself. Someone who has developed his personality from scratch. Always self-motivated. And that he never gave up upon facing difficulties in life. Simple yet steadfast on this path of being a true muslim.
So I can share stories with him. To know his stances. And learn his inspiration. Someone I can get close to.. And look up to.. And finally understand what true maturity means...
Still haven't met that guy... I wonder when?



















Hopefully not impossible.
Maybe I already have......
If that he happens to be a she, than that is the person I would like to have a life with when Im ready