Belajar, Bekerja dan Mentarbhiah
Sesekali aku ke perpustakaan atau hadirkan diri ke dewan kuliah awal sebelum kuliah bermula, terlihatkan ramai daripada sahabat-sahabat sudahpun tekun membaca. Terasa kagum. Tetapi kadang-kala, terlintas juga, sedikit perasaan cemburu.. Aku yakin, mereka juga punya komitmen sendiri, tetapi sentiasa fokus dan bersemangat mengulangkaji. Aku pula selalu kehilangan tumpuan itu. Membahagikan masa sebagai seorang pelajar, wakil pelajar, dan tarbhiah bukanlah suatu perkara yang mudah. Keputusan, sedikit merosot. Dan bukanlah kemerosotan itu yang aku risaukan. Takut-takut terbawakan contoh yang kurang baik kepada rakan-rakan lain. Aku minta maaf kerana tidak sempurna. Walau keseimbangan yang aku kejar, jaraknya terasa masih jauh. Prinsip yang aku pegang selama ini bahawa akademik itu perlu diutamakan, kebelakangan ini kurang aku hormati. Tetapi, walaupun pencapaian menurun, mungkin buat kali pertamanya aku tidak terasa runsing. Tidak seperti dahulu yang selalu kemurungan dan menyalahkan diri atas kegagalan. Kerana aku yakin, bahawa segala yang aku rasa, yang aku belajar bersama sahabat-sahabat, sepanjang mentarbhiah diri, bekerja, berinteraksi, semua mempunyai manisnya yang tersendiri.
Baru-baru ini, apabila aku berkunjung ke rumah sahabat yang akan menduduki "reseat exam", belajar bersama, berkongsikan sedikit pengetahuan yang ada, dalam masa itu banyak perkara yang aku belajar. Setiap orang tidak mempunyai kemampuan yang sama. Kita manusia. Lebih atau kurang masing-masing istimewa atas diri sendiri. Aku selalu menganggap asal kita bekerja keras, maka segalanya akan tercapai. Semangat mengulangkaji pelajaran yang ada pada seseorang itu akan menentukan sama ada dia berdiri teguh mahupun terjatuh. Namun pengalaman ternyata membuktikan aku salah. Aku merasakan mereka berusaha jauh lebih keras berbanding orang lain. Azam yang jauh lebih tinggi daripada orang lain. Tetapi apa yang dihajatkan belum tercapai. Maka seganlah kita untuk tidak berusaha lebih. Mereka perlukan semangat, perlukan sedikit bimbingan, yang kita sebagai rakan sekuliah jarang dapat berikan. Selama aku dirumah, dihadapan meja belajar bertemankan buku-buku medik yang bertimbun, selesa, bersemangat mencari keputusan yang terbaik. Namun tidak pernah terfikirkan mereka yang kurang mampu belajar berseorangan. Apalah makna kejayaan, bila mana ada sahabat yang ketinggalan. Kesalnya bila aku memegang tugas barulah terfikirkan tentang mereka, sedangkan aku hanya perlu menjadi seorang sahabat untuk membantu.
Amanah tugas yang aku pegang kini tidak lagi terasa sebagai suatu beban. Malah, ia semakin menjadi satu kegembiraan buat aku. Apatah lagi melihatkan sahabat-sahabat lain mendapatkan keputusan-keputusan yang baik. Sejak di zaman sekolah terlalu banyak berkhidmat untuk diri sendiri. Tiba masanya untuk hidup memberi. Tetapi sekadar lisan, bukanlah mudah atas perbuatan. Usrah pula tempat aku pautkan hati. Tempat di mana aku terasa paling selesa dan tenang. Jauh daripada masalah-masalah harian. Belajar, bekerja dan mentarbhiah, kesemuanya seiringan.
Harapan menggunung, tetapi tidak semua perkara yang kita hajatkan akan tercapai. Kita berusaha, dan atas usaha itu kita mengharapkan yang terbaik. Atas segala kekangan masa, aku tersenyum. Kerana atas jalan ini hari demi hari aku peroleh kematangan dalam berfikir, menilai, dan membuat keputusan. Dan belajar, bekerja dan mentarbhiah itu sesuatu putaran yang tiada pernah henti. Hanya perlu lebih bijak membahagikan masa dan berusaha lebih. Jadi mengapa terasa letih? Mengapa perlu dikeluhkan? Setapak demi setapak kita ke depan. Menuju suatu matlamat yang lebih pasti..
85. Barangsiapa yang memberikan syafa'at yang baik, niscaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) dari padanya. Dan barangsiapa memberi syafa'at yang buruk, niscaya ia akan memikul bahagian (dosa) dari padanya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
86. Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.
Surah An-Nisa'

3 comments:
chaiyok!! ^_^
insyaAllah :) anda juga..
your words can always motivate people. thumbs up.
Post a Comment