ikhlas

biarlah sejauh mana aku usaha, setinggi mana semangat, sekuat mana kemahuan, akhirnya, orang yang menerima didikan, asuhan, fikrah dan suasana islamik yang baik dan lengkap sejak kecil akan terus ada kelebihan dan terus ke depan dalam jalan tarbhiah dan dakwah.. asalkan dia faham sebetul-betulnya dan mahu terus berada pada jalan ini. Golongan ini ini terus bekerja, berdakwah dan mentarbhiah diri mereka menjadi hebat. Sedangkan aku yang serba sederhana latar belakangnya, serba kurang dari segenap aspek yang lainnya, terus mengayuh dari belakang tetapi jarak orang depan terlalu jauh.. malah, kadang-kala bukan semakin dekat, tetapi semakin ketinggalan.. padanlah dengan nasib, salah diri sendiri yang tidak terbuka hati untuk mencari dan memahami agama ini lebih awal.. faham sefaham-fahamnya makna kehidupan.. terus terasa kerdil, terus terasa kurang.. walau dahulunya aku yakin kalau benar-benar diberikan usaha yang terbaik, benar-benar diletakkan semangat, benar-benar dikejar, maka satu hari nanti dengan izin Tuhan akan akan jadi sehebat mereka.. tetapi gagal juga yang aku temu.. prinsip pun semakin terhakis, kepercayaan pun semakin pudar.. dan setiap kali aku mengenangkan kekurangan diri, air mata pun mula mengalir laju.. tidak pernah terbayang akan diri suatu hari nanti, aku akan menangis atas jalan tarbiyyah dan dakwah.. jadi apa maknanya disebalik aku mencuba?? apa maknya di sebalik setiap kesusahan? apa makna di sebalik pengorbanan? bila matlamat semustahil pencapaian.. kerana waktu terus tidak memberi izin.. diminta tunggu dan mendaki perlahan-perlahan.. sejarah diri pun terus menghukum.. jadi kenapa perlu beri lebih? kenapa aku perlu aku berlari? kenapa perlu kuat bekerja? sedangkan mereka terus menerus ke tahap yang lain.. lama sudah aku di jalan ini.. mungkinkah segalanya sebuah ujian? perlu ditelan walaupun pahit.. perlu melangkah walaupun terluka.. mungkin akhirnya ada lagi janib imani yang aku perlu belajar dan yakini.. IKHLAS atas wasilah ini..