ikhlas

biarlah sejauh mana aku usaha, setinggi mana semangat, sekuat mana kemahuan, akhirnya, orang yang menerima didikan, asuhan, fikrah dan suasana islamik yang baik dan lengkap sejak kecil akan terus ada kelebihan dan terus ke depan dalam jalan tarbhiah dan dakwah.. asalkan dia faham sebetul-betulnya dan mahu terus berada pada jalan ini. Golongan ini ini terus bekerja, berdakwah dan mentarbhiah diri mereka menjadi hebat. Sedangkan aku yang serba sederhana latar belakangnya, serba kurang dari segenap aspek yang lainnya, terus mengayuh dari belakang tetapi jarak orang depan terlalu jauh.. malah, kadang-kala bukan semakin dekat, tetapi semakin ketinggalan.. padanlah dengan nasib, salah diri sendiri yang tidak terbuka hati untuk mencari dan memahami agama ini lebih awal.. faham sefaham-fahamnya makna kehidupan.. terus terasa kerdil, terus terasa kurang.. walau dahulunya aku yakin kalau benar-benar diberikan usaha yang terbaik, benar-benar diletakkan semangat, benar-benar dikejar, maka satu hari nanti dengan izin Tuhan akan akan jadi sehebat mereka.. tetapi gagal juga yang aku temu.. prinsip pun semakin terhakis, kepercayaan pun semakin pudar.. dan setiap kali aku mengenangkan kekurangan diri, air mata pun mula mengalir laju.. tidak pernah terbayang akan diri suatu hari nanti, aku akan menangis atas jalan tarbiyyah dan dakwah.. jadi apa maknanya disebalik aku mencuba?? apa maknya di sebalik setiap kesusahan? apa makna di sebalik pengorbanan? bila matlamat semustahil pencapaian.. kerana waktu terus tidak memberi izin.. diminta tunggu dan mendaki perlahan-perlahan.. sejarah diri pun terus menghukum.. jadi kenapa perlu beri lebih? kenapa aku perlu aku berlari? kenapa perlu kuat bekerja? sedangkan mereka terus menerus ke tahap yang lain.. lama sudah aku di jalan ini.. mungkinkah segalanya sebuah ujian? perlu ditelan walaupun pahit.. perlu melangkah walaupun terluka.. mungkin akhirnya ada lagi janib imani yang aku perlu belajar dan yakini.. IKHLAS atas wasilah ini..

6 comments:

cikyin said...

samalah kita. tapi bagi aku, jangan salahkan background, sebab ibu bapa dah cuba apa yang dia mampu, kita dah besar, sekarang tanggungjawab kita yang perlu cover dorang untuk sama sama mencuba melangkah ke alam jannah.
Kuatkan semangat, aliff! Jangan kalah pada diri sendiri. Ingat pada mereka yang lebih lambat sedar. Ikhals kerana Allah, inshaAllah!

Anonymous said...

iman tidak dapat diwarisi. tak semestinya ibu bapa yang soleh akan melahirkan anak yang soleh.jangan menyalahkan takdir kerana tidak dibesarkan dalam susasana islamik seperti orang lain. bukankah hidayah itu mesti dicari? hidayah tidak datang dengan senang2 kalau kita tak berusaha untuk mencari. bersyukurlah kerana dikurniakan kesedaran untuk mengislah diri dan berada dalam jalan dakwah sedangkan ramai lagi yang hidup dalam kekeliruan. tajdidkan niat atas sbb apa berada dlam jln dakwah ini. rabbuna yusahhil.

acap_kun827@yahoo.com said...

syukran kenapa nazira dan anonymous sebab komen.. tapi, ana xnak orang salah faham dengan luahan ana.. ana xpernah menyalahkan keluarga atas latar belakang orang biasa.. lebih2 lagi ibu yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang sebagai ibu tunggal dahulu.. segala apa yang ana belajar, yang ana faham semestinya orang pertama yang ana akan kongsikan adalah keluarga ana.. salah hanyalah pada diri sendiri yang tidak mencari.. apa2pun, terima kasih atas nasihat dan semangat yang dikongsikan.. moga kita terus ke depan dalam tarbhiah dan dakwah..

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=0j4iqSqMono&feature=relmfu

“Kemaksiatan yang menimbulkan rasa hina dan rendah hati lebih baik daripada ketaatan yang menimbulkan rasa bangga dan ingin dipuji.

alhamdulillah, Allah lemparkan rasa susah supaya di akhir perjalanan itu terasa manisnya..
contoh: nikmat minum air, lebih terasa selepas merentasi padang pasir daripada kita minum air di waktu biasa.. yang penting sentiasa doa agar diberi kekuatan.

aliff asyraf said...

nasihat yang membina.. terima kasih ^_^ moga diganjarkan kelak.. amin

Anonymous said...

insyallah,moga Allah mentsabatkan akhi dalam jalan ni,sesungguhnya jalan ini bukanlah jalan shortcut&hanya kegembiraan gelak ketawa,tapi kemungkinin jalan yg mempunyai duri2,tapi inilah proses untuk membina rijal2,jika rasa futur,ingatlah kisah2 para nabi&sahabat,mereka lagi di uji...tapi merekalah nama2 yg disebut ALLAH dalam kitabnya, ingatlah moga akhi dapat mencapai kemanisan dlm jalan ini...teruskan berdoa,membaca al quran&mendampingi sahabat yg baik2.

http://youtu.be/dz6cJN1jU44