Membina Keluarga Beragenda

kegembiraan paling tinggi semasa balik kampung raya tahun ini ialah apabila kami sekeluarga dapat solat berjemaah bersama-sama.. tak tergambar perasaan di hati selepas selesai memberi salam, membaca doa, dan kami bersalaman penuh kasih sayang.. sebelum ini masing-masing lebih gemar solat bersendirian.. sekarang solat berjemaah sudah lebih kerap termasuk subuh.. satu perubahan.. usrah kecil bersama dengan adik-adik pun dah dapat dibuat.. maka dengan serba sedikit pendedahanku di Mesir dan kekuatan yang aku kumpulkan di sana akan ku pimpin keluarga ini.. selagi ada kudrat dan masa bersama mereka.. menjadikan kepulangan seribu satu makna.. ^_^

يأيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارً
Wahai orang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka (At-Tahrim ayat 6) terangi Nur-Mu atas keluarga ini

Ya Allah.. dan janganlah kau sesatkan kami setelah memberikan kami petunjuk
-amin-


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Taqabbalahhu Minna Wa Minkum

terima kasih


27 malam dalam ramadan sudah pun berlalu
Moga-moga ramadan di Mesir ini telah dapat aku manfaatkan sepenuhnya. Mengharapkan diri semakin dekat dengan Ilahi. Panggilan pulang sudah tiba setelah 1 tahun setengah lamanya..

terima kasih mesir kerana telah banyak mengajar aku dalam banyak perkara. Terima kasih kerana telah menjadikan diri aku lebih sempurna.. tahun yang paling banyak cabaran, dugaan dan pengajaran berbanding tahun-tahun sebelum ini.. dalam segala kesusahan, dan dalam segala kegembiraan..

dari segi keputusan peperiksaan mungkin tidaklah sehebat orang lain.. tidaklah sehebat dulu.. tetapi dari segi lain dah banyak lagi benda yang aku terima.. banyak lagi benda untuk digembirakan.. Alhamdulillah atas segalanya..

akan pulang semula dengan semangat yang baru dan lebih kuat dalam bidang medik, lebih jauh dalam bidang tarbiyyah dan dakwah insyaAllah

Bergerak

Seronok tengok ikhwah seluruh dunia berbincang, bekerja dan bergerak dalam intonasi yang sama. Betullah takrifan Imam Hassan Al-Banna dalam mendefinisikan kekuatan
1) Iman dan Taqwa
2) Wehdah (kesatuaan) atau Ukhuwwah
3) Barulah senjata

Motivasi di kala kepenatan dan jawapan bagi segala kerisauan
Kekuatan itu ada
Bila Allahu Ghayahtuna mengatasi segala-galanya

''Kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul, dan bagi orang-orang Mukmin''



 (Sebahagian daripada Ikhwah-Ikhwah Alex yang dikasihi)

Membangun Umat Beragenda 
Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Bergerak dan terus bergerak