terima kasih


27 malam dalam ramadan sudah pun berlalu
Moga-moga ramadan di Mesir ini telah dapat aku manfaatkan sepenuhnya. Mengharapkan diri semakin dekat dengan Ilahi. Panggilan pulang sudah tiba setelah 1 tahun setengah lamanya..

terima kasih mesir kerana telah banyak mengajar aku dalam banyak perkara. Terima kasih kerana telah menjadikan diri aku lebih sempurna.. tahun yang paling banyak cabaran, dugaan dan pengajaran berbanding tahun-tahun sebelum ini.. dalam segala kesusahan, dan dalam segala kegembiraan..

dari segi keputusan peperiksaan mungkin tidaklah sehebat orang lain.. tidaklah sehebat dulu.. tetapi dari segi lain dah banyak lagi benda yang aku terima.. banyak lagi benda untuk digembirakan.. Alhamdulillah atas segalanya..

akan pulang semula dengan semangat yang baru dan lebih kuat dalam bidang medik, lebih jauh dalam bidang tarbiyyah dan dakwah insyaAllah

0 comments: