Melihat Pada Kaca Pemantul Wajah

Setiap orang inginkan tarikan
Kaum adam dengan gaya rambut aneka rupa
Kaum hawa dengan make up pelbagai warna
Ingin dilihat dan dihayati, dikenali dan dipandang tinggi
Itu manusia..........

Rupa itu milik Allah
Pada setiap rupa yang dianugerahkan, ada kisah yang tersirat
memang rupa yang kacak, rupa yang cantik, boleh dijadikan satu kelebihan
Tapi pernahkah kita terfikir bahawa rupa itu diberi untuk menguji
Sejauh mana kita bersyukur pada nikmat
Sejauh mana kita kuat menghindar maksiat

Tidakkah orang yang mempunyai rupa cendurung kepada perasaan riak
Riak kerana sentiasa mendapat perhatian orang
Riak kerana sentiasa diberi pandangan kaum bertentangan
Riak kerana ramai orang yang ingin berkawan

Sentiasa terdedah kepada pergaulan bebas
Bila sudah berjumpa dengan orang yang salah
Surat-surat cinta mula berterbangan
Dan ayat-ayat cinta mula tersusun
Mereka tidak mahu terlibat
Tetapi pabila telah diberi pilihan yang banyak, diminati orang yang kaya, popular, juga berupa, iman siapa yang tidak tergoncang?

Walau sudah berumah tangga, mata-mata liar tetap mengejar
Dan hubungan suami isteri penuh syak wasangka buruk
Ditemani putik-putik cemburu
Rapuh digegar godaan
Lalu robohnya semula sebuah lagi masjid

Mudah sungguh mereka menjadi playboy
Ramai sungguh bekerja sambilan sebagai playgirl
Tidak tahu disayangi atas diri sendiri, atau sekadar manis dilihat semata-mata
Berpotensi tinggi diabaikan, bila rupa sudah kehilangan

Segalanya jelas
Tapi masih terlalu ramai yang mengejar
mengikat perut untuk kurus
Menghindar sinaran untuk tidak hitam
Menghabiskan masa berjam-jam untuk penampilan sebelum keluar

Mengapa ingin menjadi lebih tampan?
Mengapa perlu lebih cantik?
Sedangkan rupa asal, rupa terbaik
Rupa di dunia manakan kekal
Rupa hakiki di akhirat nanti
Cukuplah sekadar nampak kemas
Istimewa dalam diri

Kaca pemantul wajah adalah cermin
Apa yang ada dalam cermin?
Kosong......... Nothing............

6 comments:

pahlawanmelayu said...

nice^^.
*thumbs up*

aliff asyraf said...

tq sbb menyokong blog ni :)

Anonymous said...

emm...alip..bgus bg peringatan cmni..truskn ..*smile*

aliff asyraf said...

memang kenal ni sape... tq ^_^

afiq faiz said...

nice... acap puitis..haha

aliff asyraf said...

haha, sekali sekala