ADA KALANYA KITA DI BAWAH

Seorang senior pernah bertanyakan kepada aku
"Rasa-rasanya apa masalah ikhwah kita skrang.. x blh tinggalkan game, movie, sampaikan exam x skor?"
Jawapan aku waktu itu sehingga skrang tetap sama
Hilangnya motivasi untuk belajar
Bila tiadanya motivasi, hingga bangun pagi untuk ke kelas susah
Dan setiap kali bila nak buka buku, xde mood
Motivasi menentukan usaha seseorang... dan usaha menentukan kejayaan

Waktu sekarang... Aku betul-betul kehilangan motivasi
Minggu lepas dah cukup tersentak dengan keputusan midterm
Ternyata jatuh teruk berbanding prestasi midterm sem lepas..
Ditambah pula dengan exam praktikal parasitology hari ni, tekanan itu semakin bertambah selepas 3 kesilapan mengenal-pasti slide
Terasa bagai nak putus asa bila untuk mendapatkan keputusan yang baik itu terlalu jauh
Apatah lagi bila aku sudah meletakkan standard yg tinggi semester lepas dengan pointer sebanyak 3.43, nak kekalkan prestasi, terlalu susah
Pernah ditegur oleh seorang sahabat baik
"Jarang nampak senyum sekarang, senyumlah sikit"


Selalunya, setiap kali ada masalah, jarang sekali aku ceritakan kepada ibu
Ada satu peristiwa semasa aku berada di tahun 5, aku terbabit dengan pergaduhan besar berkumpulan di sebuah taman permainan dengan pelajar-pelajar sekolah yg lebih tua
Masa tu baru lepas kelas mengaji
Aku mengaji dengan adik dan waktu itu adikku sendiri lihat pergaduhan tu
Aku minta adikku jangan sesekali bagitau ibu
Ibu dah cukup terbeban dengan masalahnya sendiri sebagai ibu tunggal
x sanggup aku untuk menambahkan lagi

Dan, habit utk menyelesaikan masalah sendiri itu kekal
Bila-bila ibu menanyakan masalah, aku akan senyum dan cakap xde
Jarang aku menceritakan masalah kepada family
Tapi baru-baru ini aku gahkan juga diri mendial rumah dan meluahkan perasaan
Terkejut ibu... Haha...
Puteranya keduanya yg tidak pernah kata x boleh semakin bertentangan dengan prinsip-prinsipnya sendiri
"Ibu x pernah dengar asyraf cakap x boleh"
Tersenyum aku mendengar
Betullah, keluarga sumber impirasi yg paling besar

Muhasabah semula perkara-perkara yang aku buat semester ni...
Antara kesilapan terbesar ialah tidak bermula awal
Menerima terlalu banyak kerja sehingga x dapat nak mengimbangi kerja dan waktu mengulangkaji
Jarang sekali aku terlibat dengan kerja-kerja luar
Tapi melihat kepada rakan-rakan yang sentiasa dibebani tugas persatuan, terasa keperluan untuk membantu
Di samping peluang untuk belajar pengurusan masa dan merasa hidup yang sibuk bersama banyak tugasan
Satu peluang yang baik untuk develop "soft skills"

Dan..... mungkin juga.... aku terlalu memberikan komitmen untuk mengejar tarbhiah diri serta usaha menguasai bahasa arab fusha
Terasa diri jauh ketinggalan dari segi ilmu agama berbanding dengan orang-orang lain
Sahabat-sahabat giat memberikan tazkirah, dakwah.. Dengan hafalan Quran dan hadis yang banyak
Aku terasa kerdil dan manakan aku tidak iri hati
Mereka contoh yg baik dan pendorong yg besar untuk aku mencari lagi

Masih ada masa
Diri akan tetap mencuba menberikan yang terbaik
Mengumpul semangat, dan kesungguhan untuk mengulangkaji

Al-Baqarah
30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

31. Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"

32. Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

Apa2pun, sungguh mungkin keputusan ak semester kali ini tidak sehebat semester lepas
Tapi aku tetap gembira
Gembira kerana tarbhiah yang aku xkan dapat di tempat lain
Gembira kerana dapat bekerja untuk manfaat orang lain, dan bekerja dengan ramai orang yang aku x pernah kenal dengan mendalam sebelum ni
Gembira kerana ahli group B, section 1, prestasi rata2nya meningkat
Gembira sangat bekerja dengan dorang.. jarang sekali ada masalah kumpulan
Amar Rashidi ngan Alip Ain, walaupun jarang datang kuliah, x pernah ada masalah nak dtg jumpa dengan prof, siapkan kerja2 assignment semua (hehe, xpe2, boleh usahakan lagi untuk attend lecture)
Dulu kitorang pernah target nak gondol top 5 section 1 :P (gurau2)
Section 1 pun ramai meningkat















































Apa2pun, down xleh lama
Ada kalanya kita di bawah
Tapi adakah itu waktu kita nak berhenti berusaha?
Syukuri nikmat dan dugaan
Ada banyak lagi exam praktikal tambah dengan final lagi, mungkin, masih ada lagi peluang
Bermula selepas post ni, nak usaha sehabis boleh
Moga kejayaan milik semua insyaAllah

12 comments:

Nisaku said...

Sometimes in the race of being the better and the best, we forgot to be just being...being ourself.

Don't lose yourself man.

Jangan mengalah walaupon kalah.

Hebat pada mata manusia tak bermakna.

Anyway, i think everyone would agree that anyone who' pointer is like only 3.2 or something but are actually doing other stuffs other than medic like taking up extra arabic classes, doing society's work and the such are much much more excellent than a person who got 3.5 or 3.7 but does nothing but study, study, study, and study 24/7.

All the best sectionmate and yes, you do look grim nowadays.

AnAk iBu said...

wah. ak x tepon ibu ak lg.

aliff asyraf said...

Husnun : Xtau la.. X dapat nak menggelak daripada "losing myself" X mampu untuk berikan yg terbaik utk semua benda..

Cuma nak usaha untuk apa yg tinggal...
Menyerahkan segala pada Allah atas apa yg akan terhasil

Shukran nasihat.. Hargai sangat..

Nanay : Telefonlah.. Luahkan masalah.. Sangat penting sebenarnya.. Jgn lupa kita ada family yg menyokong... :)

Husnun dan nanay : Gud luck utk korang dua.. ^_^

Nisahaz said...

salam

jangan sekali2 menyerah kalah.
sejujurnya, sem ni memang tough sgt. keje pon byk, study pon byk. nk curik masa mmg susah. bila penat wat keje, nk lawan kepenatan utk bgun study, Allah je la yg tau cam ne. haha. sekurang2nya kita dh mencuba utk wat yg terbaik, apa keputusannya... kita tawakal. result jatuh sket kali ni xpe la, jauh lg perjalanan... 4 taun lg maa! ;P

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
(QS Al: Insyirah:5-6)

ok, wish u all the best!

p/s: senyum itu sedekah, =)

http://www.youtube.com/watch?v=mTp-OxfkCao

afiq faiz said...

yeay~ gamba kite~ hahaha

be grateful when we're on the downside of our life, it's the chance for us to see what's been pulling us down. the weakness that often we forget in our way climbing up. falling down is painful yet as long as it doesn't kill u, u'll just grow stronger & stronger to get up & continue the journey.

Just keep your hopes alive. ;)

*cuba utk bermain kata2.. hoho*

http://www.youtube.com/watch?v=m6v_gOmVJ4I&feature=related

aliff asyraf said...

hanisah : tengok syahmi wat kerja2 SR sume.. banyak sangat.. Tapi dia tetap skor.. Daripada dulu lagi nak kalahkan dia.. X boleh lagi sem ni nampaknya... 4 tahun lagi.. hehe.. persaingan sihat..

Hebat btul korang.. Sibuk2 pun tetap boleh bagi yg terbaik.. dapatkan result yg best..

Al-Insyirah Ayat 1
Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu

Semua orang akan rasa down.. Sedangkan Nabi sendiri pun pernah bila kehilangan isterinya Khatijah dan bapa saudara Abi Tholib

Harap x lama perasaan ni

Wish u all the best juga

Terima kasih bagi semangat
Hargai sangat3

Oo.. dan insyaAllah x lupa utk ringan2kan senyum

^_^

aliff asyraf said...

Groupmate afiq :
Hebat kamu bermain... Hehe

Erm.. Mgkin sbelum ni aku dah terasa selesa..
Tengok la.. Cuba utk beri kamu de ja vu sekali lagi... haha

Ko pun
Aku paling harap ko skor.. :)
Study elok2

sy ahli group B-section 1 yg baik ;p said...

terus dan terus berusaha..
jangan tewas sebelum bertempur... selagi ada masa selagi tu jgn berhenti...ok groupmate :)

btw..gmbr group kite sgt comeyl...dan sgt terharu kerana korang sudi pakai bju biru.moga kita dpt bekerjasama dgn baik lagi untuk tahun2 mendatang...

Rahman D said...

kau kawin je alip...aku support dari belakang hahhaa

aliff asyraf said...

sy ahli group B-section 1 yg baik ;p : ok boss... gambar tu comel boss.. lagi2 yg kat sebelah kiri yg tinggi tu.. haha
InsyaAllah.. kita kekal cmni xde masalah sampai habis tahun 6

man : oo... tidak... bersediakah aku...........!!
calon xde lagi man.. cmne?
carikan boleh?? haha

ape dah.. asal pasal exam je nak kahwin.. kita matangkan diri dulu man.. solehkan diri.. isteri solehah insyaAllah

Rahman D said...

heh alip bukan sbb exam je nak kawin ....aku suggest ko kawin..supaya beras kat umah tak abis cepat hahahahaha...tak pasal2 hahahhaha

dah lah alip...blk malaysia mintak restu thn dpn naik masjid..ok???

ha lagi satu...pastikan ko dpt drive kete nnt...hhahaha takkan nak naik teksi kan...hahhahahha

aliff asyraf said...

man : adei, malu giler aku.. haha.. ko jgn risau man.. bukan setakat kete.. bas sekolah aku bawak.. haha
apa2pun rempit tetap rempit.. hehe
well, org aktif, biasanya makan banyak :p

belum lagi la man.. bnyk lagi kena belajar.. tunggu la masanya nanti :)