Istimewa atas diri sendiri

Masa seharian dihabiskan menghadap buku. Mencuri sedikit masa untuk menulis. Kali ini, tergerak untuk menulis sesuatu yang lebih dalam. Masih berjinak-jinak dalam penulisan berbentuk tarbhiah. Jadi, andai kata terkurang atau tersalah bicara dalam penulisan, harap ditegur dan dibetulkan

Dalam perjalananku menyelurusi hidup anugerah tuhan, aku diperkenalkan dengan ramai orang-orang yang hebat
Pernahkah terlintas jauh dalam sudut hati,
"Aku x mempunyai ilmu setingginya"
"Aku x selantang dia dalam bersuara di hadapan orang"
"Aku x secemerlang dia dalam memimpin"
Namun, kita lupa, setiap orang hebat dengan caranya sendiri
Manusia dijadikan sebaik-baik insan
Khalifah di muka bumi yang terhampar luas
Tiada cacat cela di sisi ketentuan Allah dan perhitungan-Nya tidak pernah salah
Kadang- kala, dalam kehidupan seharian, kita telalu banyak menilai orang lain
Terlalu kerap hingga kita terlupa menilai dan menghargai diri
Dalam banyak perkara kita cendurung membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan
Sedarkah kita orang yang terbaik, adalah diri kita sendiri?

Sesetengah orang kuatnya pada ilmunya.
Memberikan tazkirah, mengajak kepada kebaikan, dan menyampaikan ilmu
Sesetengah lagi kekuatannya pada peribadi diri.
Bercakap dengan nada yang baik dan menjalani urusan seharian dengan nilai-nilai yang terpuji.
Ada yang hebat pada amal.
Hatinya terikat pada masjid, dan lidahnya tidak pernah kering dalam melafazkan Qalam Al-Quran
Ada yang hebat pada pelajaran, membuktikan bahawa Islam tidak menghalang kita cemerlang dalam bidang lain. Orang yang mencari agama, tidak semestinya perlu mengabaikan pelajaran
Segolongan orang hebatnya pada bersukan.
Bermain bersungguh-sungguh. Menunjukkan seorang muslim itu kuat pada fizikal untuk berjihad
Segolongan lagi hebat pada pergaulan.
Orang yang memahami kehidupan orang lain.. Orang yang kurang berpegang kepada agama. Mengetahui cara mereka berfikir, dan sebab mereka melakukan perkara-perkara yang mereka lakukan.
Ada yang hebat menjauhi maksiat apabilan pernah terkandas ke dalamnya
Ada yang hebat pada ketabahan, hebat pada melukis, menulis, berbahasa inggeris, dan hebat pada pelbagai bidang lagi
Segalanyanya sebuah dakwah
Dan seseorang itu boleh menyumbang mengikut kemampuannya dan kekuatannya...

Seketika kerana kurangnya ilmu, kita terasa lemah
Biar kurang ilmu daripada kurang penghayatan
Kita boleh hadirkan diri ke pelbagai kuliah agama
Membaca pelbagai bahan ilmiah
Tetapi penghayatan tetap kurang
Amal tidak terjaga
Dan diri gagal menerapkan nilai-nilai murni dalam urusan seharian
Ada yang berilmu tapi belum tentu dia beramal
Tekankan hati dan amal
Aturkan langkah sedikit demi sedikit
Kita mengejar kepada peningkatan
Bukannya tahap yang tinggi tampa pertambahan

Aku sendiri, aku tidaklah mempuanyai ilmu setinggi sahabat lain
Masih dalam proses pembelajaran
Dan aku bukanlah orang yang dapat bercakap di hadapan, memberikan tazkirah, berkongsi ayat-ayat Al-Quran, petikan-petikan hadis, kisah-kisah sirah mahupun aku sangat arif tentang hukum-hukum fiqh yang sedia ada
Aku belum bersedia
Tetapi aku menulis, aku berkongsi rasa izzahku terhadap agama ini
Keseronokan beramal dengan islam
Jalan seorang mukmin yang ingin menemui Jannah
Aku kongsikan pengalamanku dalam bermula dari bawah
Pengalaman yang mengajar aku kepada hati-hati yang masih mencari-cari
Masih tertanya-tanya tentang arah tuju hidup
Aku kongsikan kesungguhan untuk mengejar kepada benda yang aku tiada
Dengan harapan, suatu hari nanti, aku akan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan mereka
Kerana pentarbhiahan itu tiada pernah henti
Aku harap aku boleh menjadi contoh kepada orang yang sama latar-belakangnya denganku
Yang aku memahami mereka
Berkongsi perasaan yang sama
Kekurangan yang sama
Tetapi itu tidak menghalang kejayaan diri seseorang

Kita tidak dilahirkan sama
Tetapi matlamat kita, hadaf kita satu
Saling melengkapi antara satu sama lain
Persimpangan jalan yang berbeza
Namun melihat kepada sebuah pengakhiran yang jelas
Belajar memberi dengan dengan apa yang ada
Kerana setiap orang istimewa atas dirinya, bukan orang lain



13 comments:

abdullah said...

suka cara kau. teruskan usaha

Aain Fauzi said...

good, truly honest entry. keep writing.

aliff asyraf said...

kadir : aku masih belajar.. InsyaAllah, kita usahakan apa yang ada

Kak Aain Fauzi : wah, komen daripada orang baru.. shukran melawat.. InsyaAllah, akan terus menulis.. Selagi tulisan memberi kesan kepada orang yang membaca.. :)

AnAk iBu said...

ya. aku juga ada keistimewaan. terima kasih. entry terbaik dari ladang.

aliff asyraf said...

Nanay : Anda hebat dari segi ketabahan.. Yang sedia mendengar masalah orang lain.. gud luck exam..

sy ahli group B-section 1 yg baik ;p said...

tulisan semakin baik..syabas.. lengkap kata kunci, huraian, contoh, kesimpulan..teringin juga nk menulis tp skrg lbih minat utk berbicara..:)

setiap insan mempunyai keistimewaan masing2 sama ada yang tersurat pada pandangan mata, mahupun yang tersirat tak terjangkau dek pancaindera kita..

kesimpulannya,hargai insan2 disekeliling anda...

aliff asyraf said...

ismah : adeh, mcm kena tegur cikgu bm la plak.. haha.. baik cikgu.. haha

erm, kekuatan ko ada kat situ.. aku akan menyusul nanti insyaAllah.. satu hari nanti.. mempersiapkan diri dulu.. shukran kongsi.. gud luck exam

mas said...

keep up, no slowing down... entry yang membina :)

aliff asyraf said...

mas : erm... xkan brenti atau memperlahankan langkah... terus gerak ke depan... anda pun sama juga... shukran

::::aFiq FahiMy:::: said...

nice post,alif..

ur silent words are strength to others.. =)

teruskan usaha~

aliff asyraf said...

insyaAllah afiq, insyaAllah... I'll do my best in my part.. you do your best in yours too... :)

nazira :) said...

salam aliff, aku love all your tarbhiahs. keep it on!

aliff asyraf said...

nazira : thanx.. harap anda dapat sesuatu dari sini