Mak Ayah kerja apa?
Posted by
aliff asyraf
on Thursday, July 7, 2011
Labels: INSPIRATIONS
"Ayah kerja kilang, mak ambil upah menjahit, adik-beradik ramai, kecik-kecik lagi semua.. Sekolah Rendah dapat RMT, best hari-hari dapat makan free! dapat buku pinjaman. SPM cemerlang. Cikgu-cikgu bagi hadiah sikit. Dapat duit tolong mak ayah.. Masuk universiti alhamdulillah, terima biasiswa. Ada duit simpanan sikit, boleh belikan adik-adik baju raya. Itulah yang mendorong kami belajar, siapa lagi yang nak mengubah nasib family"
Aku tersenyum. Cerita-cerita tentang keluarga yang hidup susah. Mak Ayah bersusah-payah mencari rezeki untuk membayar yuran sekolah anak-anak. Anaknya belajar sungguh-sungguh dengan harapan, suatu hari nanti, dapat memberikan keluarganya hidup yang lebih selesa. Cita-cita yang menyentuh hati. Selalu terdengar, dan setiap kali terdengar, kisah mereka tidak pernah gagal memberikan aku inspirasi.
Sedangkan seseorang itu hidup senang, dibayarkan tuisyen beratus-ratus ringgit, dijemput pula guru persendirian mengajar di rumah. Buku-buku rujukan yang bertimbun. Maka apakah kita tidak bersyukur diberi kesenangan? Apakah kita masih tertangguh-tangguh mencari ilmu mengulangkaji pelajaran?
"Mana nikmat kamu yang manakah hendak kamu dustakan"
Surah Ar-Rahman
Sedar tidak sedar, ramai antara mereka yang kurang bernasib baik ada dikalangan kita.. Berpakaian biasa. Rendah diri. Namun sentiasa bersemangat mengejar sesuatu yang lebih baik.. Semoga cita-cita mereka untuk hidup gembira tercapai kelak :)

0 comments:
Post a Comment