AKU MENCARI SAHABAT YANG HILANG

Seorang demi seorang sahabat lama aku jumpa... aku contact balik
Dari sk bandar tun razak (1), smk seri bintang utara, sm sains alam shah, hinggalah ke kolej matrikulasi melaka
Banyak pengalaman kami kongsi semula selama beberapa tahun ni yg aku dan sahabat2 aku saling x jumpa, saling x dengar khabar...
Ada yg berubah menjadi semakin baik... Alhamdulillah. Ada yg berubah menjadi nakal sedikit.. :)
Ada yg sambung belajar... ada juga yg terus kerja....
Sangat kelakar, betapa masa memberi impact yg besar kepada individu2 yg aku sayang ni...
Lagi melucukan, ramai daripada kawan2 aku kata aku banyak berubah... rupa dan kelakuan nampak sangat matang... suara dah kasar... yeker?? haha... aku sendiri x sedar... mgkin aku terlalu kebudak-budakan semasa zaman sekolah... dan perjalanan ilmu ke mesir mengajar aku siapa aku yg sebenar.. syukur dengan perubahan yg aku lakukan sedikit demi sedikit...

Selama ni aku terfikir, aku sibuk bermesra dengan sahabat2 baru di universiti...
Berjalan-jalan, bergelak-ketawa, usik-mengusik
Namun sejauh mana aku mengigati kawan-kawan lama aku?
Patutkah mereka dilupakan... sedangkan setiap kejayaan yg kita capai dalam hidup.... walau sebesar zarah pun... kawan2 lama kita ada menyumbang...
Klau bukan kerana mereka, siapa kita sekarang??
Merekalah insan2 yg mengajar kita kematangan... pahit manis dalam hidup..
Semulia-mulia org yg berubah ke arah kebaikan, mulia lagi sahabat yg menbantu perubahan itu

Aku sedih, ada di kalangan sahabat lama aku yg sudah berubah ke arah yg kurang baik....
Tapi xleh sesekali pandang serong terhadap perubahan tu
Mungkin, salah kita sendiri kerana x sentiasa mengigati sahabat2 lama kita ke arah kebaikan...
Mungkin, dalam jangka masa kita x berhubung dengan sahabat lama tu, mereka terdorong ke arah perkara-perkara yg x sepatutunya...
Sahabat itu satu tanggungjawab
Tanyalah diri sendiri sejauh mana kita masih berukhwah, masih menjaga hubungan dengan sahabat-sahabat lama kita
Masihkah mereka kita ingat...?
Masihkah pengorbanan, perkongsian hati seorang sahabat lama itu kita hargai

Golongan yg pandai akan sentiasa bersama dengan golongan yg pandai... golongan yg beragama akan sentiasa bersama dengan golongan yg beragama.... dan golongan yg nakal akan sentiasa bersama dengan golongan yg nakal...
Klau seorang sahabat itu merokok, bercouple, melepak tanpa kerja.... adakah sudah hilang hak persahabatannya dengan kita??
Adakah itu mmemberikan kita hak utk menjauhkan diri??

SAhabat sangat berharga bagi aku
Aku mahu semua sahabat2 ku sentiasa bahagia dengan hidup masing2
Aku harap semuanya sentiasa berada dalam redha Allah, untuk yang muslim dan bukan muslim
Aku minta maaf kerana ada di antara golongan sahabat lamaku, aku menghilangkan diri
Aku mencari perubahan, dan perubahan itu perlu aku cari sendiri... dan aku takut sekarang, bila aku dah berubah, aku dah x diterima
Aku nak cari korang balik...
Dari hujung perlis hingga ke sempadan selat tebrau johor... Dari awal sarawak hingga ke pengakhiran tanah negeri di bawah bayu sabah

Ada sebulan lagi sebelum aku balik ke mesir
Masih ada yang belum aku jumpa
Kita akan berhubung semula.... Sebab aku sayang korang....
Dan aku cuma boleh mengharapkan perasaan yg sama utk aku....................................................................................................................................................



















SELAMAT BERPUASA SAHABAT-SAHABATKU

Jealousy in a good way

My brother just came back from UMS sabah, representing UiTM
He won the previlage to be the host of NACESS next year....

A program where representative of chemical engineering students from universities all over malaysia will gather and solve problems, share ideas and new findings about the field
3 times he and his teammates tried and they did it this time around
Even though he will be graduating next year, he was excited to be able to win for his juniors
The entire chemical engineering faculty went to the roof hearing the good news...
His dean and lecturers was shocked half dead
It was a great achievement for UiTM.. The first time ever in history

Yesterday my brother went home
A holiday for 1st ramadhan
The whole family had dinner in Kenny Roagers for the night
A rare oscassion to be in such place, quite expensive too but its worth it since its been a long time the entire family can gather and eat together
Mom was really excited asking about the entire program and how the presentation went
Brother was on fire reciting the phenomena
I didn't participate much in the conversation...
Just lending my ears and crafted a beautiful smile along my lips
As his brother, I was really impressed with him
Proud and happy like I was jumping around everywhere
But, deep down beyond some depth within me I felt a sort of discomfort
Jealously to be more accurate
It runs to my entire circulation system
Burning with intense passions

To me brother was always a natural leader
Vice president for the board of prefect in SM Teknik Kuala Lumpur (TiKL)
A candidate for president before he left SMK cheras after form 3
Now, secretrate for the Faculty of Chemical Engineering, UiTM shah alam...
Very organised, very commanding
Talks and works after another
He gains respect from all his underlying
They all love him
I lack that skill
More of a corward to lead

That night I thaught, with all the achievement my brother gapse in his hand now, I believe I can do the same
No need for me to lead anything big
Enough for me to sincerely lead myself
I stride my own way.......
For being a better person each and everyday
Improving flaws and mistakes in life
And be happy for who I am

Im not sure myself if I am capable for such promises
But I do believe, it's for the best
I belive that is what we all meant to do,
I believe i can have, my jealousy in a good way...



















Congratulation to my brother, his teammates, and the entire UiTM!!

Tiga Soalan Itu

Sedikit perkongsian daripada pengisian program percutian di Matrouh, Mesir beberapa hari yang lepas... Sebenarnya banyak lagi yg telah aku pelajari di sana tapi ini adalah perkara yang paling menarik perhatian..... 3 soalan dan 3 jawapan yg x dapat lari daripada pemikiran aku.....
Berikut adalah soalan-soalannya :

Anbon, INDONESIA
Yala,THAILAND
Gujerat, INDIA
Xinjang, CHINA

1) Apakah persamaan antara tempat2 di atas.... apa yang berlaku?

2) Mengapakah Allah menjanjikan peperangan di dalam Al-Quran?

3) Mengapa Islam yang diperangi, dan bukannya agama-agama lain?

Aku sudah faham jawapannya serba sedikit tapi maaf, aku kurang arif dalam menjelaskannnya secara baik... Mungkin ada yang lebih layak... Kepada yang tahu, harap kita boleh berkongsi di sini.... Dan kepada yang belum tahu, mungkin boleh membuat sedikit pencarian tentang isu di atas..

Berikut, aku sertakan sebuah sajak bahasa inggeris yang aku sampaikan semasa majlis penutup program percutian ke matrouh... Sebenarnya aku lupa bahagian akhir sajak ni semasa penyampaian tersebut. Mungkin kerana sedikit takut ketika bercakap di depan waktu tu..Idea asal dan sebahagian daripada isi sajak datangnya daripada abang aku sendiri... Aku sekadar membuat sedikit pengubahsuaian semasa berada di tingkatan 2 sekolah menengah... Sebuah sajak yang selalu memberikan aku inspirasi dan membuatkan aku lebih berani dalam menjalani liku2 kehidupan. Satu karya yang aku masih ingat, masih segar dalam ingatan aku sehingga sekarang...... Semoga dapat memberikan manfaat yang sama kepada sesiapa yang membaca.....

INSIDE OF ME

The path i walked,
These words i talked,
All goes futher yet so Meaningless!!
As my time flies.....

Today might be bitter,
But who knows tomorrow might be better
Memories will always be inside
Guiding us o the funds of tomorrow.......

Think small and act small, and we'll get bigger
Think big, act big and we'll get smaller
You don't have to be great to get started
but to get started, you need to be great!!

Timid and scared
Nothing but another bump in the road
Santuary lies deep in our heart
Standing for the ones we love

To the world you might be one person
But to one person, you might be the world
So play the music and not the instrument
It's never to late gor a hope to rise
And its never to soon to know....................
........................................................................
WHAT I HAVE INSIDE



by : Aizat Fikri bin Salleh / Aliff Asyraf bin Salleh

DUNIA MELALUI MATA SENDIRI

Assalammualaikum
Maaf sebab lama menghilang
Kebelakangan ni aku masih belum dapat inspirasi atau cerita2 yg baik untuk dikongsi

Cuti-cuti ni aku gunakan untuk berjumpa semula dengan kawan2 lama
Selalunya aku akan ajak tengok wayang, main boling atau sekadar makan sambil borak2 mesra
Tapi kali ni agak lain sikit....
2 hari lepas aku surf facebook dan kebetulan pula aku dapat tau melalui status message profile kawan yang dia dan seorang lagi kawan yang aku kenal ada plan untuk gi tengok GIG kat stadium merdeka
"PEACE TO THE WORLD" nama event dia
Mungkin sebab xde aktiviti kat rumah masa hari gig, jadi aku pun mengambil keputusan untuk ikut sekali

Aku tau apa yg akan aku jumpa pada event2 muzik seperti ni
Dan aku juga tau tindakan aku ni bermungkinan akan memudaratkan, merosakkan diri aku sendiri...
Tapi apa2pun, aku tetap nak pergi
Sebab banyak yang aku dah dengar dari kaca TV, corong radio, dan penceritaan dari orang2 yang berpengalaman..
Mungkin salah tapi aku fikir, aku boleh lihat keadaan sebenar dengan mata sendiri

Hasilnya.............................................. satu pengalaman yg sangat2 mengejutkan!!

Xde beza antara lelaki dan prempuan.... Bila muzik dah memenuhi ruang udara, semuanya seolah2 hilang akal dan lupa diri
Sentuhan kulit lelaki dan prempuan dianggap biasa
Rasanya x perlulah aku ceritakan sejauh mana persentuhan itu berlaku
Ada juga dua orang polis yang datang melawat.. Tapi mungkin bila dah tengok keadaan xde masalah, dorang pun mengundurkan diri
Jadi aku pelik...... apa yg dianggap bermasalah??

Paling jelas ketika persembahan band muzik bergenre HARDCORE... ramai penonton yg akan ke hadapan pentas dan menari gila
Klau nak digambarkan, mereka akan menari dengan gaya menumbuk lurus ke hadapan berkali-kali kiri dan kanan dengan posisi badan yg bengkok dan kaki yg terkangkang... Kemudian, menganyunkan satu kaki membalas satu lagi kaki yang berdiri kemudian kaki tu pula akan membalas semula kaki yg sbelumnya
Diikuti dengan gaya memusingkan badan sambil mengangkat kaki ke udara dengan gaya menendang
Ada juga yg berlari2 dalam satu bulatan secara berkumpulan
Melompat2 dengan melanggar, menumbuk, menyepak orang lain di sebelah
Pendek kata, penonton yg saya gambarkan x berkelakuan seperti manusia, tapi lebih kepada haiwan

Rockstar2 sekalian pun terus menjerit2 penuh berjiwa rock
Kesemuanya, sebelum menyanyi bagi salam dulu.....
Jadi adakah islam itu cuma satu budaya
Macam hanya sekadar hello
Ada gak vokalis yg ucapkan penonton selamat menyambut bulan puasa dan menasihati supaya jangan x puasa....
Mungkin masih ada sedikit nilai murni dalam diri
Namun, sejauh mana nilai itu wujud aku x tahu
Kuasa menilai hati budi orang bukanlah di tangan aku
Ada pergaduhan masa tu
Aku sendiri x tahu apa sebabnya dan waktu tu memang stadium agak kecoh
Walaupun, pada awal waktu dari zohor hingga maghrib, GIG dihentikan untuk memberi laluan kepada solat
tapi sedihnya, x semua yg meninggalkan kawasan pentas

Walaubagaimanapun, fahamilah, segala yg aku ceritakan x semua yg ikut
Ada gak yg datang hanya untuk mendengar muzik yg baik sebab orang2 macam ni sangat meminati muzik
Betul atau salah terletak pada cara kita menilai diri sendiri
Bagi diri aku, mungkin, ini kali pertama dan terakhir aku akan hadirkan diri dalam tempat2 macam ni
Niat aku hanya sekadar untuk meluaskan pandangan, pemikiran, cara penilaian dan meningkatkan kematangan diri
Sekarang, aku nampak sendiri seteruk mana dan apa yg jadi dalam GIG2 macam ni

Jangan rasa terkejut
Kerana kawan aku ada cakap, itu baru sikit....
Belum lagi aku tengok apa yg jadi dalam GIG2 kat pub2 dan kelab2 disco
GIG2 macam ni aku dengar babitkan unsur sex dan arak lagi
Dan orang yg ramai kat tempat2 tu tidak lain dan tidak bukan adalah orang melayu
Realitinya umat kita semakin lama semakin teruk
Seperti buih-buih dilautan
Bilangan yg banyak tapi sangat mudah utk dipecahkan.....
Sebuah lagi tanda besar kiamat!

Cukuplah dengan apa yg aku lalui sepanjang GIG sekali ni
Dah sangat memeranjatkan & mengerikan....
Semoga kita terhindar dari golongan yg melakukan zina serta jauh dari golongan yg lalai