Bertanya pada hati

Sekadar sedikit perkongsian kepada penghayatan kita dalam pengajian medik. Memandangkan pengajian kita baru-baru ni berkisar tentang structure dan fungsi hati. InsyaAllah, pendapatan kita bukan kepada fakta dan kefahaman sahaja. Tapi lebih dari itu...

Diri:
Wahai hati yang disayangi, mengapa aku melihat engkau bermuram durja hari ini? Ceritakanlah padaku masalahmu.

Hati:
Bagaimana aku tidak bermuram durja ya sahabat, perut aku belum diisi dengan bacaan Quran lagi hari ini. Maka, kenyangkanlah aku dengan bacaan kalamNya. Aku sangat memerlukannya.

Diri:
Wahai hati yang dahulunya sihat,merah laksana delima, mengapa hari ini aku melihat engkau pucat? Tidak bermaya. Lesu.Tidak seperti semalam.

Hati:
Ya akhi,semalam dan hari ini tidak sama. Semalam engkau bertahajjud dan sujud serta menangis didepan Allah tetapi hari ini? Dimana tahajjudmu hari ini? Bagaimana aku tidak lesu dan lemah sedangkan aku tidak diberi kekuatan.

Diri:
Wahai hati yang sentiasa ceria,mengapa hari ini engkau menangis? Apakah ada sesuatu yang menyebabkan engkau begini?

Hati:
Bagaimana aku tidak menangis ya empunya diri. Hari-hari sebelum ini engkau solat berjemaah bersama-sama sahabat. Tetapi kali ini? Aku menangis merenung nasib malang aku mempunyai tuan seperti engkau. Ceriakan dan gembirakanlah aku kembali dengan solat berjemaah bersama-sama sahabatmu.

Diri:
Wahai hati yang sentiasa ku rindukan, aku pelik melihat kelakuanmu hari ini. Biasanya pada wajahmu terlakar seribu senyuman yang amat ku dambakan. tetapi mengapa hari ini tidak lagi begitu? Berceritalah padaku apa yang terjadi.

Hati:
Baiklah.Dengarlah rintihanku ini. Aku amat rindukan engkau yang dahulu. Sering berzikir dan bersedekah. Aku terkenangkan engkau yang amat pemurah ketika itu. Mengapa engkau berubah hari ini? Aku menderita. Aku dambakan kembali ketenangan ketika engkau berzikir dan bersedekah. Maka, aku merayu padamu agar kembalilah mengingati Allah dan lazimkan dirimu dengan sedekah nescaya senyuman aku akan kembali.

Diri terdiam
Lalu dia bertanya....
Apakah hati aku hati mati?














Semoga kita terjauh daripada golongan yg tertutup hatinya... Amin

7 comments:

AnAk iBu said...

bagus post neh weh.
tersedar.
diri ini x mcm dulu.

Meru said...

terasa

aliff asyraf said...

Anak ibu dan abu : Sebenarnya aku sangat takut untuk keluarkan post ni... blum tentu lagi aku kuat mengambil tindakan atas apa yg kurang atas diri aku... Sesungguhnya iman seseorang itu boleh bertambah dan berkurang.. tapi aku percaya, post ni boleh bertindak sebagai batu peloncat untuk kita lebih maju.. perkara lama kita ambil pengajaran.. moga esok lebih maju..

Sakinah Ismail said...

bila hati berkata-kata...
terbaek~

aliff asyraf said...

keynah : Semoga boleh memberi kesan kepada diri kita (shukran atas comment pertama) :)

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

hati oh hati...
sorry if i've neglected you..

aliff asyraf said...

and we will never neglect you again