Seperti anak kecil menaiki basikal

Kadang-kadang kita rasa down sangat bila tengok orang lain tinggi ilmunya
Kita rasa iri hati sebab orang lain sangat rajin, sentiasa bersemangat tinggi
aku dah banyak kali rasa
Terdetik dalam hati, "tempat aku bukan di situ....."
Tapi sudahkah kita mencuba untuk menempatkan diri ke arah itu
Malah cuba mencapai yang lebih baik
Sampai bila-bila pun kita akan tetap merasakan perkara yang sama, andai kata tidak disertakan dengan azam dan perubahan
Kesedaran hati bermula dengan tindakan
Andai kata kita belum cuba, kita belum tahu
Mungkin ada yang dah merasa aku dah cukup usaha, tapi tetap x hebat
Sudahkah kita betul-betul usaha?
Sudahkah kita tinggalkan apa yang perlu ditinggalkan?
Sudah cukup kita fokus?
Dan paling penting, sudahkah kita niatkan dalam hati mengulangkaji, dan mengejar kejayaan, ikhlas semata-mata kerana Allah?

Tiada jalan mudah bagi orang yang berjaya
Tiada jalan pintas untuk kita bertambah maju
Mula dari bawah
Seperti anak kecil yang mula belajar menaiki basikal dan jatuh berkali-kali
Tapi tetap bangkit dengan luka yang pedih, terus cuba untuk memahirkan kayuhan
Dan tetap bangkit berkali-kali

Sabarlah wahai sahabat
Kegagalan adalah satu ujian
Sebagai satu sumber untuk menjadi lebih kuat
Terima dengan hati yang tulus tabah, berjihad demi masa depan
Berusahalah kamu seolah-olah akan hidup lagi 100 tahun
Dan beramallah kamu seolah-olah tahu akan mati pada esok hari

Hari semalam sudah lepas.....
Hari esok belum tentu lagi.....
Tapi kita ada hari ini
Dan hari ini adalah hadiah supaya kita bersyukur
Dan manfaatkan sebaik-baiknya

Selamat berjaya kepada sume yang akan menjalani peperiksaan
Jalan lupa untuk tajlid(perbaharui) niat setiap kali mula membaca buku, atau setiap helaian muka surat baru
Semoga kita diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan peperiksaan ini
Klau boleh, kita fokuskan betul-betul pada exam
Dan kurangkan sebanyak mungkin kelas-kelas, dan kerja-kerja lain

Akhir sekali ingatlah bahawa bukan natijah itu yang betul-betul kita kejar
Tapi keredhaan Allah dengan usaha, doa dan tawakal
Semoga kejayaan menanti kita pada esok hari............. Amin :)



Selepas selesai solat hajat peperiksaan

















My beloved
group B ( the best in section 1) :p
Group lain jangan marah
marah tanda jeaous hahaha












Section 1 (2009)
Never let any of us fall

3 comments:

sy ahli group B-section 1 yg baik ;p said...

amin~ semoga kejayaan mengiringi kita semua..
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” ( al-Insyirah: 5-6).

jgn pernah putus asa dr rahmat Allah..

groupmate sy mmg terbaik..moga kite same2 berjaya.. :)

saya grup A tapi nk komen jgk said...

go go go Alip Acap..

aliff asyraf said...

nak teka boleh..
saya ahli group B-section 1 yg baik ;P ni ismah

saya group A tapi nak komen jugak ni abu naim

btul ke?? hahaha

semoga kejayaan menanti sume kawan2 tahun dua

go go go go saya ahli group A tapi nak komen jugak... hahaha