N.I.C.E. memang NICE part 2

Program Khidmat Pemeriksaan Kesihatan (Percuma) :
Kami dipecahkan mengikut kawasan.. Ditempatkan bersama keluarga angkat di Taman Mewah, Changkat Jering, Changkat Ibol, Taman kaya dan Larut Tin.. Masing-masing dengan aktiviti sendiri.. Peserta yang tinggal di Taman Mewah, Changkat Jering dan Changkat Ibol dengar kata kena bagi ucapan motivasi kat pelajar-pelajar sekolah.. "TIRU MACAM SAYA" tajuknya.. Kami di Taman Kaya dan Larut tin ditugaskan untuk jalankan khidmat pemeriksaan kesihatan..

Khidmat yang kami jalankan ialah blood pressure test dan blood glucose level test

Dan kami juga mengambil patient's history dan membuat pemeriksaan badan seperti inspection dan palpatation.. Penduduk kampung wanita diperiksa oleh peserta wanita dan penduduk kampung lelaki oleh peserta lelaki.. Andai keadaan orang yang diperiksa perlukan khidmat doktor, kami akan memintanya berjumpa dengan Dr Azahari yang bersedia di sebelah kami.. Bersedia membimbing kami dalam menggendalikan pemeriksaan yang betul..

Alhamdulillah, walaupun kekurangan pengalaman terutamanya dalam mengambil patient's history, aku banyak diberikan tunjuk ajar daripada pelajar-pelajar perubatan yang lebih berpengalaman.. Walaupun ada serba sedikit kesalahan dalam menjalankan kerja, aku dibetulkan.. Alhamdulillah, khidmat pemeriksaan kesihatan yang kami jalankan mendapat sambutan yang menggalakkkan.. Seramai lebih kurang 30 orang penduduk kampung dari pihak lelaki.. Dan bagi pihak perempuan, didapati bilangan mereka lebih ramai.. Bila kami, peserta lelaki sudah siap menghabiskan pemeriksaan kepada semua penduduk lelaki yang hadir, penduduk kampung perempuan masih berpusu-pusu menghadirkan diri ke bilik pemeriksaan.. 4jam masa kami ambil untuk menghabiskan semua pemeriksaan.. Dari pukul 9 pagi ke 1 petang
Macam-macam jenis kes yang kami jumpa..

Ada seorang penduduk yang berusia 31 tahun
Bila diperiksa tekanan darahnya, aku dapati agak rendah.. dalam 90/72 mmHg..

Aku : Bang.. Maaf, tekanan darah ni rendah skit ni bang.. Biasanya lebih kurang 120/80.. Abang punya 90/72.. Abang dah makan belum bang?

Abang : Belum.. Abang makan sehari sekali je..
Aku : Nape camtu bang?
Abang : Abang kerja nelayan. NELAYAN kan.......

Aduh, waktu tu aku dah serba salah.. Kalau suruh makan lebih takut dia tidak mampu atau terasa hati.. Klau tak suruh kemungkinan boleh jatuh pengsan masa kerja..

Aku cari juga ayat yang sesuai

Aku : Abang kena makan jugak bang.. sekurang-kurangnya 2 kali sehari.. biar sikit.. tapi kena makan gak.. bang sakit xleh gi laut dah bang..

Abang tu pun mengangguk Alhamdulillah..

Ada seorang lagi penduduk kampung berusia 63 tahun.. Berbadan besar.. Dan bila diperiksa tekanan darah.. 167/122 mmHg.. Terkejut aku.. Namun masih dengan gelajat biasa.. Takut2 menakutkan orang yang diperiksa..
Aku : Pak cik, ni tinggi ni tekanan darah pak cik.. 167/122.. biasanya dalam 120/80.. tinggi sangat ni.. Pak cik makan apa pagi tadi?
Pak cik : Haha. pak cik makan durian tadi.. Sekali dengan pulut..
Tersenyum aku dengar
Aku : Pak cik kerja lagi pak cik?
Pak cik : Pak cik kerja lagi.. Kerja Jagar..(guard). Pak cik selalu berjemur.. Kadang-kadang tu panas sangat..
Aku : yeker.. patutlah pak cik.. erm.. rasanya ni tinggi sebab pak cik pun baru lepas makan.. Klau x mungkin dalam 150/110 camtu.. Tapi tinggi gak.. Mungkin patut exercise sikit cik.. Dan jangan berjemur sangat.. Klau boleh cari payung ke bila wat kerja.. Takut apa-apa jadi nanti..
Sambung sikit borak2.. Lepas tu aku pun mintak pak cik tu ke meja sebelah untuk pemeriksaan blood glucose.. Dia pun mengucapkan terima kasih.. Baik orangnya..

Ada kes tekanan darah tinggi.. Bila ditanya tentang aktiviti-aktiviti seharian, didapati dia dulu kuat merokok sehingga mencapai 2-3 kotak sehari.. Dia mengadu sakit di bahagian perut apabila tidak makan.. Salah-salah satu tanda dia mengalami sait peptic ulcer di bahagian perut..

Ada yang kami dapati bahagian bawah perutnya di bahagian right iliacus ada bahagian badan yang seolah-olah terjolok keluar.. Tanda indirect umbilical hernia..

Ada juga jenis pesakit yang boleh menaikkan kemarahan.. Tapi apa-apapun seharusnya seorang doktor itu sedia menerima apa sahaja karenah pesakit.. Pesakit perempuan, berusia 58 tahun, mengalami kegatalan kulit di bahagian tangan.. Doktor pun minta aku ambilkan ubat econazine, sejenis ubat anti-fungal dan anti-inflammatory.. Kami bubuhkan dalam sebuah bekas kecil daripada paket besar ubat itu..


Pesakit : Kenapa x bagi semua je??? (dengan nada mencebik)

Kalau ikutkan hati memang marah jugak la.. Dah la dengan penat buat pemeriksaan. Tapi Doktor Azahari terangkan secara baik yang kami daripada badan kebajikan PAPISMA, mengeluarkan duit sendiri untuk beri rawatan percuma dan tidak menerima bantuan kewangan daripada mana-mana hospital atau badan kerajaan.. Ramai lagi yang memerlukan..

Apa yang aku belajar selain daripada pemeriksaan kesihatan tu sendiri, sebenarnya, apa yang kita belajar dalam kuliah atau baca daripada buku rujukan masih tidak cukup.. Sukatan pelajaran kita sendiri sudah dimudahkan oleh pihak universiti.. Perlu mencari pengalaman praktikal..Sebenarnya dalam mengaplikasikan ilmu-ilmu yang kita belajar kita lagi mudah meningat dan lagi mudah untuk kita kaitkan antara symptom-symptom yang ditunjukkan oleh pesakit kepada sakit yang dialami.. Itulah kepentingan membuat attachment di hospital andai ada kesempatan waktu.. Mungkin, kita masih mentah.. Baru tahun 1 atau tahun 2.. Tapi jangan takut untuk cari pengalaman.. InsyaAllah, input daripada pembelajaran secara praktikal teramatlah banyak..

Bersambung untuk bahagian terakhir....

8 comments:

islahmujahidin said...

Best 2...

Soft skill sudah ada keternampakan..\
bangga ngan ahli bait aku ni

Eera said...

truskan usaha murni anda...

aliff asyraf said...

Syahmi : Haha, xde apa la.. cuma cari pengalaman sikit2 je.. anda lebih hebat..

Kak Eera : Saya baru tau akak lebih tua dari saya.. haha.. InsyaAllah, apa yang boleh.. terima kasih keranan menyokong.. Akak pun teruskan usaha-usaha akak..

Nisahaz said...

x sangka aktiviti2 smua kat tepeng~ haha, klu gi best ni.. kampung sendiri~ xD
serius, sgt jeles ;p

aliff asyraf said...

haha.. jujurnya xtau gak.. ingat dia wat kat sungai siput je.. bestnye Taiping.. haha.. tu la.. lain kali jangan naik kuwait :p haha

aliff asyraf said...

Nisa : InsyaAllah.. tahun depan klau balik boleh join lagi.. mungkin tahun depan dia lewatkan sikit tarikh.. Wat kat kelantan plak.. Xpun banyak je lagi program best2.. hehe.. jgn jeles2 ek.. haha

Eera said...

hehe...bru tau ke sya nie pgkt akak,benda baik msti akak akn sokong.moga aliff succes slalu..:)

aliff asyraf said...

kak Eera : Amin.. Moga akak pun sama.. success selalu.. dunia akhirat.. :)