N.I.C.E, memang NICE part 3

Home Visit ke rumah pesakit
Program yang paling menyentuh hati.. Selepas melakukan pemeriksaan kesihatan percuma pagi itu, petangnya kami melakukan ziarah ke rumah-rumah pesakit kritikal bersama Dr Azahari juga..

Rumah pertama yang kami pergi, rumah pesakit lelaki yang mengalami Alzheimer's Disease type 3 menurut apa yang diterangkan oleh doktor.. Pesakit dalam keadaan sedar tapi tak dapat bergerak.. Bergetar-getar terbaring di atas katil.. Yang paling aku terkejut, bila doktor sudah berikan ubat dan kami baru sahaja mahu berangkat ke rumah lain, dia mengangkat sedikit tangannya.. Tanda ingin bersalaman dan mengucapkan terima kasih.. Aku pun menyambut tangan yang lemah itu dan mengucapkan pemergian..

Contoh pesakit Alzheimer's Disease

Rumah kedua rumah pesakit facial nerve palsy.. Kelihatan tangan kiri dan kaki kirinya lumpuh dan sudah mengecil akibat muscle atrophy.. Tekanan darah 200/137.. Tak pernah aku jumpa sebelum ni.. Anak-anaknya bekerja.. Dia dijaga oleh cucu lelakinya yang memahami keadaan neneknya yang sakit.. Mengambilkan tongkat apabila neneknya mahu berjalan ke bilik air.. Baru berusia 6 tahun.. Hebat sungguh kanak-kanak ini.. Ubat tekanan darah tingginya sudah habis.. Apabila, Dr Azahari menghulurkan ubat atenolol (beta blocker).. Dia menangis keharuan

Rumah ketiga dan keempat kami berjumpa dengan pesakit diabetes yang dipotongkan sebelah kakinya..

Contoh pesakit diabetes yang dipotong kaki

MasyaAllah, walaupun dalam keadaan serba tak bermaya, mereka menjalankan hidup.. Mengajar kita rasa bersyukur terhadap nikmat kesihatan sementara yang kita ada sekarang.. Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang doktor, sebenarnya kita bukan sahaja sedang merawat pesakit, tapi merawat diri kita sendiri juga.. Membersihkan hati dari sebarang perasaan angkuh, perasaan marah, dan perasaan x bersyukur.. Kerana melihat orang sakit itu satu syifa kepada diri.. kadang-kadang, tatkala kita masih gah berjalan, berlari, tertawa-tawa keriangan, kita lupa bahawa semua itu nikmat tuhan.. Sedangkan ramai lagi yang x mempunyai kesenangan yang sama.. Itulah manusia, hanya mula bersyukur apabila sesuatu sudah kehilangan. Ketika dalam keadaan selesa, jarang sekali kita mengambil masa berterima kasih kepada Allah..

Itulah sedikit sebanyak aku pelajari daripada program N.I.C.E. kali ini.. Aku kongsikan bersama untuk kita sama-sama peroleh kebaikan.. Sama-sama kita musahabah diri, apakah aku sudah kuat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang doktor? Bukan setakat seorang doktor biasa.. Tetapi sebagai doktor muslim.. Sekarang, di kalangan masyarakat kita, kita lihat sudah ramai doktor, sudah ramai juga orang yang mengajar agama tapi sangat sedikit doktor yang mengajar agama.. Itu yang kita kekurangan di Malaysia sekarang walaupun bilangan doktor sudah semakin bertambah.. PAPISMA mengajar kepentingan menjadi salah seorang daripada individu yang disebutkan.. Semoga kita dapat sama-sama berusaha ke arah itu InsyaAllah

P/S : Dikesempatan post kali ini juga, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang akan menunaikan umrah.. Semoga selamat pergi dan balik.. Semoga pulang dengan azam baru, semangat baru dalam mengejar diri yang lebih baik dalam apa jua bidang sekalipun insyaAllah..
[punya tanggungjawab terhadap keluarga.. tiada rezeki lagi untuk ke sana.. satu hari nanti insyaAllah :) ]

0 comments: