AKU MENCARI SAHABAT YANG HILANG

Seorang demi seorang sahabat lama aku jumpa... aku contact balik
Dari sk bandar tun razak (1), smk seri bintang utara, sm sains alam shah, hinggalah ke kolej matrikulasi melaka
Banyak pengalaman kami kongsi semula selama beberapa tahun ni yg aku dan sahabat2 aku saling x jumpa, saling x dengar khabar...
Ada yg berubah menjadi semakin baik... Alhamdulillah. Ada yg berubah menjadi nakal sedikit.. :)
Ada yg sambung belajar... ada juga yg terus kerja....
Sangat kelakar, betapa masa memberi impact yg besar kepada individu2 yg aku sayang ni...
Lagi melucukan, ramai daripada kawan2 aku kata aku banyak berubah... rupa dan kelakuan nampak sangat matang... suara dah kasar... yeker?? haha... aku sendiri x sedar... mgkin aku terlalu kebudak-budakan semasa zaman sekolah... dan perjalanan ilmu ke mesir mengajar aku siapa aku yg sebenar.. syukur dengan perubahan yg aku lakukan sedikit demi sedikit...

Selama ni aku terfikir, aku sibuk bermesra dengan sahabat2 baru di universiti...
Berjalan-jalan, bergelak-ketawa, usik-mengusik
Namun sejauh mana aku mengigati kawan-kawan lama aku?
Patutkah mereka dilupakan... sedangkan setiap kejayaan yg kita capai dalam hidup.... walau sebesar zarah pun... kawan2 lama kita ada menyumbang...
Klau bukan kerana mereka, siapa kita sekarang??
Merekalah insan2 yg mengajar kita kematangan... pahit manis dalam hidup..
Semulia-mulia org yg berubah ke arah kebaikan, mulia lagi sahabat yg menbantu perubahan itu

Aku sedih, ada di kalangan sahabat lama aku yg sudah berubah ke arah yg kurang baik....
Tapi xleh sesekali pandang serong terhadap perubahan tu
Mungkin, salah kita sendiri kerana x sentiasa mengigati sahabat2 lama kita ke arah kebaikan...
Mungkin, dalam jangka masa kita x berhubung dengan sahabat lama tu, mereka terdorong ke arah perkara-perkara yg x sepatutunya...
Sahabat itu satu tanggungjawab
Tanyalah diri sendiri sejauh mana kita masih berukhwah, masih menjaga hubungan dengan sahabat-sahabat lama kita
Masihkah mereka kita ingat...?
Masihkah pengorbanan, perkongsian hati seorang sahabat lama itu kita hargai

Golongan yg pandai akan sentiasa bersama dengan golongan yg pandai... golongan yg beragama akan sentiasa bersama dengan golongan yg beragama.... dan golongan yg nakal akan sentiasa bersama dengan golongan yg nakal...
Klau seorang sahabat itu merokok, bercouple, melepak tanpa kerja.... adakah sudah hilang hak persahabatannya dengan kita??
Adakah itu mmemberikan kita hak utk menjauhkan diri??

SAhabat sangat berharga bagi aku
Aku mahu semua sahabat2 ku sentiasa bahagia dengan hidup masing2
Aku harap semuanya sentiasa berada dalam redha Allah, untuk yang muslim dan bukan muslim
Aku minta maaf kerana ada di antara golongan sahabat lamaku, aku menghilangkan diri
Aku mencari perubahan, dan perubahan itu perlu aku cari sendiri... dan aku takut sekarang, bila aku dah berubah, aku dah x diterima
Aku nak cari korang balik...
Dari hujung perlis hingga ke sempadan selat tebrau johor... Dari awal sarawak hingga ke pengakhiran tanah negeri di bawah bayu sabah

Ada sebulan lagi sebelum aku balik ke mesir
Masih ada yang belum aku jumpa
Kita akan berhubung semula.... Sebab aku sayang korang....
Dan aku cuma boleh mengharapkan perasaan yg sama utk aku....................................................................................................................................................



















SELAMAT BERPUASA SAHABAT-SAHABATKU

3 comments:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

sahabat kat mesir jangan lupa pulak... huhu... ukhwah fillah abadan abada...

sangat setuju, kawan... irreplaceable, perlu dihargai...

"almukmin lil mukmin, kal bunyan, yashuddu ba'duhum, ba'do"

~selamat menempuh hari2 mendatang... terutama Ramadhan yg hampir 1/3 berlalu...~

afeez said...

tp klu anas xde masalah klu nk lupekan..die kt ramai peminat..
rosyam nor la katekan..

aliff asyraf said...

InsyaAllah... Sama-samalah pereratkan ukhwak sesama sahabat2 kita