Aizat Asyraf Aini Aina

Aku pernah bertanyakan kepada seorang ustaz.. Antara menunaikan umrah, dan kembali ke Malaysia dan tengok-tengokkan keadaan keluarga, mana yang perlu diutamakan.. Jawapannya, dalam keadaan aku, aku lebih dituntut untuk pulang, lebih-lebih lagi apabila keluarga memerlukan sokongan, dan bimbingan..
Alhamdulillah, mereka masih dalam keadaan sihat.. Dengan pertambahan beberapa orang ahli keluarga baru bila sepupu-sepupu ada yang dah berkahwin dah memperoleh cahaya mata.. Atuk dah bergelar moyang dan masih kuat berjalan dan bekerja.. Cuma aku dan abang sudah berkali-kali menasihatkan supaya berehat di rumah memandangkan usia yang sudah mencecah sampai 80 tahun..

Aku lebih suka tinggal di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur bersama atuk, nenek, dan abang yang bekerja sebagai engineer oil dan gas di kuala lumpur berbanding dengan tinggal di Kajang bersama Ibu, Ayah Tiri dan Adikku Aina.. Adikku Aini tinggal kat asrama Sekolah Menengah Sains Seri Puteri.. Atuk dan nenek pun dah x berapa kuat.. Nenek sekarang ada Heart failure.. Menyebabkan oedema di kaki apabila berjalan.. Aku nasihatkan nenek supaya mengangkat sedikit kaki dengan beralaskan bantal semasa tidur malam untuk meningkatkan venous return ke jantung.. Atuk bekerja sebagai jagar.. Kadang-kadang shift malam, kadang-kadang pagi.. Bila-bila aku dan abang x tidur di rumah Bandar Tun Razak, atuk akan bawak nenek ke tempat kerja untuk menjaganya.. Betapa sayangnya lelaki itu kepada pasangan hidupnya walaupun sudah berusia..
Alhamdulillah, keluarga semua terjaga.. Cuma masalah sedikit dari segi pergaulan.. Adik-adik dan abang.. Erm, semuanya couple.. Seperti aku dulu.. Semasa masih tidak memahami ajaran agama.. Aku harap mereka faham yang aku juga pernah merasakan pengalaman itu.. Dan aku faham, bila sudah sayang, susahnya untuk melepaskan.. Berat yang teramat sangat.. Tapi walau sayang bagaimana sekalipun, cinta yang disandarkan bukan pada jalan yang betul, tidak mendapat berkat dan hanya akan mencatatkan dosa dan titik-titik hitam pada hati..

Aku mulakan dengan adik-adik.. InsyaAllah, aku yakin yang bila abang menunjukkan contoh yang baik, adik-adik akan mudah ikut.. Dan aku tidak menyuruh mereka untuk terus putus, cuma membuatkan mereka faham dengan maksud cinta dari segi Islam.. Cinta yang luhur, bersih tampa dicemari maksiat.. Yang lahir tulus ikhlas dari keimanan, dan membawa kepada perubahan kepada diri yang lebih baik dan lebih dekat dengan Allah..
Yang paling berat bagi aku adalah apabila hendak berbicara dengan abangku.. Lama aku mencari kekuatan.. Akhirnya terluah juga.. Cuma, respon tidak seperti yang aku harapkan.. Dibalas sedikit kasar..

Andai Abang sedang membaca apa yang Asyraf tuliskan, andai aini dan aina sedang menghayati perasaan yang abang curahkan kat sini.. Asyraf nak abang tahu yang asyraf sayangkan abang.. Abang nak Aini Aina tahu yang abang sayangkan Aini Aina.. Kita berempat, daripada susah-susah dulu dengan ibu lepas ayah dan pergi, Kita berempat x pernah gaduhkan.. Kan X2.. X pernah bertengkar.. Ingat x yang ibu pernah cakap dulu? Andai Ayah dapat menang mahkamah, dapat jaga dua orang daripada kita, ibu akan bagi semua.. Xnak pisahkan kita adik-beradik.. Ingat x? Setiap kali Asyraf/abang baca buku, Asyraf/Abang fikirkan ibu, fikirkan abang.. fikirkan Aini Aina.. Nak Abang, Aini, Aina, Ibu, bangga dengan apa yang asyraf/abang dah capai, dan semua yang asyraf/abang dah capai, asyraf/abang capai untuk family kita..

Asyraf harapkan yang terbaik untuk abang.. Abang harapkan yang terbaik untuk Aini Aina.. Harap sangat yang kita boleh terus berjaya, dan buktikan kat Ayah yang kita sume boleh buat..
Kelakar bila fikirkan yang kita x pernah luahkan perasaan sama-sama kita sebelum ni.. Masing-masing xnak beratkan orang lain.. Masing-masing nak tunjukkan yang kita boleh berdiri sendiri.. Maafkan salah silap Asyraf, Maafkan salah silap Abang.............. Asyraf sayang abang..................
Abang sayang Aini Aina..............



Hidup bekeluarga.. Indahnya ikatan tali persaudaraan.. Ikatan yang memegang teguh kepada iman.. Membawa semangat.. Membawa kemanisan.. Untuk terus maju dalam hidup..

PELIHARALAH KELUARGA INI YA ALLAH.. SEMAIKAN KASIH SAYANG ANTARA KAMI.. BERIKAN KAMI KEKUATAN DALAM MENCARI KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT..

5 comments:

Meru said...

too personal

aliff asyraf said...

its ok..

aina sofiah said...

nangis aina bce . .

Anonymous said...

this post got me teary eyed.u r an awesome brother =')

aliff asyraf said...

aina : abang sayang aina :)
anonymous : for the one you love, who will always have that extra strenght to push forward no matter what it takes.. Im trying to give everything I have for them.. take care of your siblings.. take care of your family.. may love always be there for you.. :)