N.I.C.E, memang NICE

Bismillahhirrahmannirrahim

Lama dah menyepi blog ni.. Disibukkan dengan fatrah peperiksaan dan urusan persediaan untuk pulang ke Malaysia.. Alhamdulillah, syukur dapat berpijak semula ke bumi ni..
Sebaik sahaja sampai ke KLIA lebih kurang dalam pukul 10.15malam, aku bertemu dengan keluarga semula, makan malam bersama, dan sampai ke rumah di Kajang lebih kurang pukul 12.15malam.
Pagi esoknya, selepas sarapan pagi aku bertolak ke Sungai Siput, Perak untuk program National Ibnu Sina Conference and Community Engagement (NICE) anjuran Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).. Program sudah pun bermula sehari.. Cuma aku sebelum ni meminta izin kepada pihak AJK untuk hadirkan diri sehari lewat kerana tidak dapat pulang ke Malaysia lebih awal..

Alhamdulillah, walaupun kepenatan dengan perjalanan pulang dari mesir selama hampir sehari, aku bersyukur sangat dapat melaporkan diri ke program ni..
Peserta terdiri daripada mahasiswa/mahasiswi perubatan, farmasi, dan pergigian yang datang dari pelbagai universiti dalam dan luar negara..
Ada yang datang dari mesir, jordan, Ireland, UK, Cezh Republik..
Mahasiswa/mahasiswi dalam negara datang dari USM kubang kerian, USIM, UM dan banyak lagi..
Cuma sayangnya, program kurang mendapat sambutan daripada golongan muslimin.. Cuma seramai 13 orang yang dapat hadir
Aku merupakan antara peserta yang paling muda kerana kebanyakkan daripada kami sudah menjalani tahun 5, tahun 4 dan tahun 3 perubatan dan ada juga yang sudah tamatkan pelajaran dan menunggu peluang untuk berkhidmat di Malaysia..
Dan, yang paling kelakar.. Aku adalah satu-satunya pelajar yang datang dari Universiti Iskandariah sehinggakan pelajar perubatan lain dari mesir agak hairan kerana setahu mereka, pelajar-pelajar Universiti Iskandariah masih sedang menjalani peperiksaan..

Kalau nak menceritakan aktiviti -aktiviti yang dijalankan dari awal ke akhir, terlalu panjang rasanya, jadi aku kongsikan aktiviti-aktiviti yang menarik sahaja. Maaflah x dapat untuk sertakan gambar-gambar program sekali.. Kamera dah rosak.. Belum beli lagi kamera baru.. Masih menuggu sabahat-sahabat untuk uploadkan dalam facebook.. :)

1) PROGRAM ANAK ANGKAT :
Selepas beberapa aktiviti di Pusat Latihan Kemas, Sungai Siput, Perak, kami dihantar ke Bukit Gantang untuk diserahkan kepada keluarga angkat yang merupakan penduduk-penduduk kampung kawasan itu.. Peserta-peserta dipecahkan secara berpasangan. Mestilah yang lelaki dengan yang lelaki dan yang perempuan dengan yang perempuan. Cuma untuk 2 orang pelajar dari Cezh Republik, mereka dipasangkan seorang lelaki dan seorang perempuan.. Special case.. Kerana mereka sudah berumah tangga :)

Sesudah diperkenalkan dengan keluarga angkat masing-masing oleh ketua kampung, setiap daripada kami akan pulang bersama keluarga baru ke rumah masing-masing.. Kami makan malam bersama.. Bertaaruf sesama kami, dan mempelajari cara fikiran, peribadi dan minat masing-masing.. Kami tinggal bersama selama 3 hari dua malam..

Subhanallah, semakin lama aku mengenail keluarga angkatku, semakin rapat aku dengan mereka.. Dan semakin aku rapat, semakin aku bertambah kagum.. Ayah sudah bersara.. Dahulunya bekerja sebagai contracter.. Mak bekerja sebagai seorang guru bahasa melayu di sebuah sekolah Maahad.. Adik-beradik semuanya ada 6 orang.. Tapi cuma dapat berkenalan dengan 4 daripada mereka kerana yang lagi dua sudah berumur 20 tahun dan 18 tahun dan sudah melanjutkan pelajaran di universiti. Aku sempat mengenali Atiqah (15 tahun), Syamil (13 tahun), Firdaus (12tahun), dan Afif (7 tahun) yang paling nakal sekali antara semua.. Semuanya bersekolah di Maahad dan sejak kecil mereka dididik untuk menyertai usrah..

Entahlah.. sedangkan ayah tiriku sendiri aku susah untuk memanggilnya dengan gelaran ayah.. Bukan bermakna aku tidak hormat.. Mungkin, aku tak bersedia lagi walaupun sudah 7 tahun hidup sebumbung.. Tapi dengan ayah Zainal.. Aku begitu selesa sekali menggunakan gelaran itu.. Ayah sudah berumur.. Dahulunya, semasa zaman pemerintahan british, bersekolah di sekolah gereja dan diajar oleh paderi-paderi.. Setelah berkahwin, ayah dan mak mula mengenali semula Islam semasa berumur 40tahun.. waktu itu mereka mula mengenali semula huruf-huruf jawi, dan belajar mengaji dengan betul.. Kedua-duanya mahukan Islam.. Dan walaupun bermula dari bawah. ayah dan mak maju sama-sama, mencari semula agama ini.. Dan sekarang, InsyaAllah, merupakan insan-insan yang kuat pegangnya.

Ayah menceritakan sebuah kisah kepadaku.. Tentang seorang anak kapal yang beriman.. Dia begitu kuat mengamalkan agama dan begitu kuat menyampaikan dakwah kepada anak-anak kapal yang lain.. Namun, setiap kali kapten kapal berhenti sementara di pelabuhan-pelabuhan tertentu, anak-anak kapal yang lain turun untuk berseronok, namun dia masih menjalani hidup di atas kapal itu tanpa mengenal dunia luar.. Sehingga satu hari, di sebuah pelabuhan, anak kapal itu turun dari kapal dengan perasaan ingin tahu tentang kehidupan yang tidak pernah dia kenali.. Dan apabila di berjalan-jalan, datang pula tawaran khidmat perempuan secara percuma.. Setelah dipujuk, dibelai, dan dihasut manja, dia pun menerima layanan itu.. Setelah sebulan, kapten kapal pun sudah siap untuk berlayar semula.. Dan didapati, anak kapal yang dia kenali sebagai seorang daie yang hebat tidak juga pulang ke kapal.. Ditunggunya beberapa hari lagi.. Setelah datangnya semula anak kapal itu, didapati alat kemaluannya sudah mengembang.. Apabila diperiksa, kelihatan pada permukaan alat kemaluan itu sudah menjadi hitam tanda-tanda jangkitan kuman.. Lalu selepas memulakan semula pelayaran, sebulan selepasnya anak kapal itu pun meninggal duia dan mati dalam keadaan kafir..





Pengajarannya, apabila seorang daie itu tidak mencuba mengenal erti kehidupan masyarakat sebenar, kehidupan manusia yang dipenuhi pelbagai masalah sosial dan dugaan, sekali dia terpikat dia akan terus menjunam jatuh.. Jadi sebenarnya orang yang pernah menemui jalan yang sempit sebelum Islam mempunyai banyak kelebihan.. Dan dia seharusnya lebih bijak menjalankan dakwah InsyaAllah.. Bersemangat aku apabila mendengar kisah ini..

Aku kongsikan kisah-kisah hidupku bersamanya dari awal hingga sekarang
Dan aku juga bertanyakan beberapa hal lain seperti cara untuk mengajak keluarga bersama mengamalkan usrah dan dakwah.. Tarbhiah keluarganya juga bermula dari dirinya yang merupakan anak sulong dalam keluarga.. Aku banyak belajar darinya.. banyak nasihat yang diberi.. Seorang yang memahami diriku.. Subhanallah, lama aku menuggu insan ini.. Ketentuan Allah maha hebat..
Ketika ayah menghantarku ke Terminal Simpang di Taiping untuk pulang ke Kuala Lumpur, kami berpelukan.. Dan bila sudah menaiki bas dan mengambil tempat, hampir-hampir aku menitiskan air mata. Bagai berpisah dengan ayah kandung sendiri.. Kalau ada satu benda yang aku menyesal, aku menyesal x memperkenalkan diriku sebagai Asyraf

Bila-bila kita mengiginkan sesuatu, banyakkan berdoa, bersabar, dan memperbetulkan amalan.. InsyaAllah, suatu hari nanti, Allah pasti akan kurniakan dalam masa, bentuk dan keadaan yang tidak pernah kita jangka..

Surah An-Naml Ayat 62
Atau siapakah yang mengabulkan(doa)orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di sampiang Allah ada ILAH (yang lain)? Amat sedikit kamu mengigati(Nya)

Bersambung...

13 comments:

AnAk iBu said...

akhirnya kau dah jupe. yey waka waka. alhamdulillah.

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

subhanAllah, just proves betapa centiknya perancangan Allah s.w.t ...
sounds like you gainesda lot from the program... Good Luck!

Nisahaz said...

sure best gler program ni~
cepat2 smbung cite lagi~ xD

anwar azhari said...

'____'

ak terpaku sekejap

aliff asyraf said...

Anak iBu aka nanay : Alhamdulillah.. Jumpa gak.. :D

Anas : subhannAllah.. happy sangat.. hehe.. erm.. insyaAllah, dapat banyak input.. Alhamdulillah

Hanisah : memang best.. haha.. nanti la dulu.. banyak nak tulis ni.. sikit2.. sabar ek.. :p

anwar azahari : haha.. jgn lama sangat memaku tu.. pecah dinding.. :P

ammar Lorh said...

alhamdulillah bro..
mungkin pasni ko da kna start pggl ayah tiri ko ayah bro....
iA diorg akan nmpk perubahan ko dlm mendekatkan diri dgn Islam ni....
soal ready xready...
kite ni idop xlama kan...
selagi sempat wat org hepy ape salahye kan wat benda2 yg kite takut xready or xsempat nak wat...
wallhua'lam...
sekadar pandangan:D...
doakan akoo jd baik ea:)
njoy ur holiday!

Sakinah Ismail said...

subhanallah, nice sgt..
smoga diberikan kesemptn utk join dilain msa.. insyaAllah..

aliff asyraf said...

ammar : Haha.. InsyaAllah.. Cuma, x semudah itu.. InsyaAllah segala haknya yang lain sebagai seorang ayah aku tunaikan.. orang yg menghantar aku ke sekolah bila2 aku tertinggal bas.. cuma tu la.. x semudah itu.. masih mencuba.. shukran bagi pandangan :)

sakinah : dah mencadangkan supaya program ni dilewatkan sikit tahun depan utk bdk2 alex join.. ahun depan wat di kelantan.. insyaAllah, utk sesiapa yg balik dan ada kesempatan waktu :)

ucuuu said...

Alhamdulillah.. Akhirnya Aliff Asyraf ketemu ape yg dicari nye slame ini.. syukur ke Hadrat Ilahi dgn pe yg dikurniakan oleh Nya kpd mu....
sERONok sgt dgr kisAh hang dgn Ayah angkAt hang ni... hMpir MENitis air MAta ini apabila membaca nya.. sungguh mnyentuh hati dan perasaan ini....
ALLAH tuh maha mngetahui sgala nya kn???? Allah kurniakan hang Ayah angkat yg mmg LAYAK dan bersesuaian dgn diri hang.... Alhamdulillah....

aliff asyraf said...

Sakinah : Alhamdulillah. Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Syukur.. Erm, Allah maha mengetahui.. Maha mendengar.. dan yang mengabulkan doa.. Kemungkinan ayah angkat aku akan datang BTR ahad ni.. ada sedara kawin.. ada rezeki dapatlah kami jumpa.. Moga sahabat-sahabat lain ketemu apa yang mereka cari juga.. Amin.. ^_^

islahmujahidin said...

NIce Aliff..
semoga terus Thabat...

Jgan lupa contact2 ikhwah malaysia
insyaALLAH
jumpa lg di Malaysia...

Lupa nak kasi tau..
kita xde rumah skarang ni
home less~

Miss Superspecial said...

salam...
terharu lak...huhu

aliff asyraf said...

Syahmi : Laa... yeker.. habis tu sia-sia la simpan barang situ sebulan.. adei.. yang pasal contact ikhwah-ikhwah Malaysia tu, InsyaAllah.. Tapi seriuz, aku dah terasa beban bila balik Malaysia.. nanti aku crite.. sisi.. xleh crite sini..

Hami : Syukur.. anda dilahirkan dalam keluarga yang baik.. Teruskan hubungan yang baik dengan keluarga.. jaga mak ayah bila sakit.. bimbing adik2.. InsyaAllah.. semoga keluarga anda diberikan kejayaan dunia dan akhirat.. :)