Penulis

Sekadar berkongsi tentang penerapan yang aku dapati dalam diri seorang penulis..

Seorang pujangga pernah berkata bahawa orang yang menyampaikan ilmu akan mencapai kehidupan abadi. Mungkin ia membawa maksud sesuatu pengetahuan itu akan sentiasa hidup dan bergerak di muka bumi ini walau pun penyampainya telah lama tiada sepertimana yang kita ketahui..

Bagi aku, penulis sama seperti sebuah periuk yang sentiasa terbuka untuk mencari isi dan kemudian ditambahnya ramuan untuk menjadikan gulai tersebut sedap untuk dimakan bersama. Aku rasa begitulah seorang penulis yang sentiasa peka dalam meneliti keadaan sekelilingnya untuk mencakupi sebarang pergerakan yang boleh dijadikan ilham untuk ditulis dan disampaikan..

Aku yakin, penulis yang baik akan mempunyai mata hati yang baik serta menyampaikan perkara yang baik dengan penuh keikhlasan untuk tatapan sidang pembacanya.. Amanah menjadi penulis juga sebenarnya besar kerana sekiranya tersalah dalam penyampaian, maka dialah yang bakal menerima akibatnya kelak.

Seorang penulis menghayati apa yang ditulisnya. Dia meletakkan perasaan ke dalam tulisan. Mampu tergelak mahupun menangis dengan hasil tulisannya sendiri.. Dirinya tersentuh sebelum dia menyentuh. Terhibur sebelum dia menghiburkan. Menulis dari pengalaman. Dari melihat, mendengar, dan berbual dengan orang lain. Dari pergaulan dengan pelbagai-bagai jenis orang dan memahami sasaran pembaca.. Kadang-kadang penulisan x perlu terlalu berat.. X perlu terlalu panjang.. "Simple".. Tapi impaknya mendalam

Apapun bagi aku, penulis merupakan ahli seni yang ingin menyampaikan karyanya kepada umum atas sebab yang penulis itu sendiri tahu. Setiap karya yang dihasilkan adalah umpama calitan-calitan berus warna yang dilukiskan di atas hamparan kertas putih dengan nilai estikanya yang tersendiri. Dia juga mendalami kehidupan dan percaya yang setiap karyanya mempunyai nyawanya yang tersendiri..

Penulisan merupakan satu terapi yang baik untuk melepaskan rasa hati secara senyap tanpa melepaskannya pada orang perseorangan.. Di luar kehidupan, penulis akan sentiasa peka kepada sesuatu isu dan akan dapat membantu sesiapa juga yang memerlukan pertolongannya dan ilmu yang ada dalam diri seorang penulis itu akan menjadikan dirinya seorang yang tenang..

Aku ingin terus menulis. Selagi mana aku masih dapat memberi motivasi dan pengajaran dalam bentuk yang dapat menyentuh bila-bila ada masa terluang dan ada sesuatu yang hendak disampaikan. Berharap aku dapat menghasilkan penulisan yang lebih baik dalam masa yang akan datang InsyaAllah..

7 comments:

Sakinah Ismail said...

tersentuh sebelum menyentuh~

nice!

Nisahaz said...

gbr sendiri ke gbr cilok tu? XD

selamat menulis! ;D

Rahman D said...
This comment has been removed by the author.
Rahman D said...

penulisan ada cerita manusia...
cerita manusia mampu mengubah dunia dan mampu mengubah manusia

Gunakan wadah penulisan sebagai alat dakwah...

selamat menulis

doakan aku dpt umah heheh

aliff asyraf said...

Sakinah : Tu wajib tu.. haha

Nisa : aah ek.. lupa nak amik gambar sendiri.. xpe2, lepas ni leh tukar.. hehe

Man : InsyaAllah man.. yang mana ada je la man.. x besar pun xpe la (ayat sedih.. haha)

Miss Superspecial said...

betol3...tulisan ni terapi..cara nk meluahkan perasaan..
kadang2 ssuatu perasaan xdpt dkongsikan dgn kata-kata dan jugak sebaliknya..kan3..
kdg2 kita rasa lebih puas meluahkan perasaan dgn penulisan...
cara penulisan tu adalah diri kita yg sebenar..
tp kalau kata2, kita boleh menipu..
yg penting, apa yg kita lakukan skank adalah suatu pembelajaran...kan3.. ^^

aliff asyraf said...

hamie : erm.. setuju.. kadang-kadang apa yang kita nak sampaikan x dapat nak luahkan dengan kata-kata.. kadang-kadang gak x dapat nak luahkan dengan tulisan.. gunakan mengikut keadaan.. ada kalanya lebih senang menulis.. ada kalanya lebih senang melalui perbualan.. ikut keadaan dan keselesaan.. sebab x sume orang boleh bercakap, x semua orang pula boleh menulis.. dalam apa-apa cara sekalipun, ikhlaskan bicara, ikhlaskan niat, insyaAllah memberi kesan.. :)