Ego

Kadang-kadang aku x sedar yang apabila dalam perbualan tertentu, aku sentiasa nak menang. Rasanya ni bukan kali pertama. Rasanya ramai yang terasa hati. Aku minta maaf sangat2 kepada sesiapa yang menjadi mangsa atas kelemahan aku ni. Karangan aku kali ni aku ilhamkan dari seorang sahabat yang mempunyai kekuatan untuk bersuara. Aku ucapkan terima kasih kerana sudi menegur.. Jadi, kat sini, aku nak berkongsi sikit pendapat aku tentang sifat ego manusia. Ilmu x banyak pun. Sekadar pengalaman, dan pandangan yang boleh dikongsi..


Sebenarnya aku sendiri x faham.. Kenapa perlu kita riak atas apa yang kita dah capai, sedangkan kejayaan tu bukan milik kita? Kenapa kita masih kejarkan kemenangan sedangkan kemenangan tu x memberi apa2 makna? Kenapa kita tetap sakitkan hati sahabat-sahabat sedangkan mereka orang yang kita sayang? Kenapa kita masih bersifat ego, sedangkan ego memakan diri sendiri?


Manusia sangat "selfish" sebenarnya. Sebolehnya, klau sesuatu benda itu x memberikan manfaat, kita xkan wat. Klau sesuatu isu itu tiada kaitan dengan diri sendiri, kita xkan amik peduli. Manusia cuma nak dengar apa yang dia nak dengar dan manusia cuma nak fikir apa yang mereka nak fikir.


Rasa diri sendiri hebat orang dari orang lain. Rasa diri sendiri sentiasa betul. Rasa menang adalah satu kewajiban.. Ego terlalu tinggi sampai setiap benda yang yang orang lain wat, kita rasa salah. Kita lupa yang nikmat dan kelebihan tu datangnya dari ALLAH. Sepatutnya kita bersyukur dan gunakan atas jalan yang betul. Kenapa perlu riak, sombong, takbur sedangkan anugerah tu bukan milik kita?


Bagi aku x salah nak menyimpan ego. Ego untuk x boleh lihat diri sendiri ketinggalan, ego sentiasa mahukan yang terbaik daripada diri sendiri, ego untuk terus kejar cita-cita, ego xnak mengaku kalah, dan xnak berpatah balik daripada sesuatu pilihan yang baik walaupun payah. Klau gunakan ego itu kat tempat dan masa yang betul, x salah. Malah, aku rasa lagi bagus. Cuma perlu pandai kawal rasa ego tu, jangan sampai ego memakan diri sendiri.


Menangani ego bukanlah satu benda yang mudah. Aku bercakap atas dasar aku sendiri ada ego yang tinggi dalam diri. Aku pernah rasa mcmmne rasa bila diri terlanjur.. Kadang-kadang kita x sengaja cakap benda-benda tertentu. Bila dah bercakap atas nama ego, kita x sedar yang kawan kita termakan hati. Rasa sedih sebab klau boleh, kita betul-betul xnak sakitkan hati dia.. Rasa macam nak hentak kepala kat dinding.. Ya ALLAH, kenapa ego ni terlalu susah nak pendam!


Orang yang kurang rasa ego akan anggap, kenapa mesti dia wat perangai camtu? Sebenarnya, ada antara kita yang memang dilahirkan dengan ego yang tinggi. Walaupun kita tau kita ada ego dan kita usaha nak tahan ego tu daripada keluar. Tapi kadang-kadang, sebagai manusia biasa ada masanya kita hilang pertimbangan sampaikan ada orang di sekeliling terasa.


Kenapa perlu kita ego? Sedangkan setiap manusia diciptakan sama di sisi ALLAH walau setinggi mana pangkat, darjat, harta dan nama. Setiap manusia tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan dan kesalahan. Hakikatnya tiada orang dilahirkan sempurna. Sedangkan Nabi sendiri pernah ditegur ALLAH atas kesalahan baginda. Apatah lagi kita umat biasa yang tidak bersifat maksum. Belum terlambat lagi nak urruskan ego diri. Setiap kali ada masalah, mengadulah kepada ALLAH atas kekurangan diri masing2. ALLAH maha mengetahui lagi maha penyayang.. Semoga kita tergolong antara orang yang mendapat petunjuk..















Luqman [ayat18]
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.


Al-Israa' [ayat 17]

Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.


An Naml [ayat 27]

Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.

3 comments:

abdullah said...

two thumbs up!

Meru said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nur diyana said...

good post alip. ;)